Sunday, 8 November 2015

"LELAKI GANJIL"

2,200 tahun yang lalu, ada seorang lelaki yang teramat pelik. Dia over excited bila berjaya selesaikan sesuatu persoalan.

Ramai yang berpendapat lelaki ni seorang yang ganjil dengan ideanya yang luar biasa ditambah pula dengan kelakuannya.

Pada 1 hari, Raja meminta lelaki ganjil itu menyelesaikan 1 masalah.

Masalah tersebut ialah bagaimana mahu mengenalpasti sama ada mahkota raja diperbuat dari emas tulen atau tiruan.

Lelaki ganjil itu meneliti mahkota raja, dia tak berjaya temui jawapan.

Sebab bersungguh-sungguh sangat mahukan jawapan, lelaki ganjil itu secara tak sengaja telah merosakkan mahkota raja.

Pada suatu petang, lelaki ganjil itu mandi dalam tab mandi. Air melimpah keluar.

Secara tak sengaja, lelaki ganjil tadi menemui jawapan untuk menjawab persoalan Raja berkenaan ketulenan emas pada mahkota baginda.

Dia mengambil emas yang memiliki berat yang sama dengan mahkota raja.

Emas & mahkota tadi diletakkan dalam 2 bekas berisi air. Emas dalam bekas A. Mahkota dalam bekas B.

Bekas A yang mengandungi emas melimpahkan air sedikit berbanding bekas B.

Perbezaan ini disebabkan oleh ketumpatan (density).

Emas lebih tumpat dari mahkota. Ini bermakna berat yang sama memuatkan isipadu yang berbeza.

Lelaki ganjil itu berjaya membukti bahawa mahkota Raja adalah diperbuat daripada emas palsu.

Suatu hari, lelaki ini sedang menyelesaikan 1 masalah fizik.

Ketika lelaki ganjil itu sedang melukis bulatan & membuat rumusan, dia dibunuh.

Kata-kata akhir lelaki ini, "Jangan usik bulatan (permasalahan fizik) saya."

Lelaki ganjil itu telah mengabadikan hayatnya dengan ilmu.

Korang tahu siapa lelaki ganjil itu? Dia adalah Archimedes.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)

"SOALAN"

Kau pernah tak tanya soalan2 seperti "Ayam ada kepak, kenapa ayam tak boleh terbang." Then ada orang balas "Jgn pertikai kejadian Tuhan!"

"Apa fungsi puting dada lelaki?" "Jangan pertikai kejadian Tuhan!"

"Kenapa kucing ada banyak nenen, manusia ada 2 nenen?" "Jangan pertikai kejadian Tuhan!"

Ayat jangan pertikai kejadian Tuhan ni boleh menyekat kita dari berfikir tentang kebesaran Tuhan & membantutkan perkembangan ilmu.

"Macam mana dunia berfungsi?" "Jangan tanya soalan tu, Tuhan saja yang tahu." Ini pun boleh bantutkan proses perkembangan ilmu.

Sains penuh dengan risiko, ada yang berdepan kematian, putus asa, kecewa, diketawakan, dilempar pelbagai tuduhan.

Bila buat silap, diketawakan.

Kalau 1,000 tahun lepas kita kata besi boleh terbang, mesti akan dituduh gila.

Hidup kita mungkin berbeza hari ini kalau tiada orang gila yang berfikir bagaimana dapat terbangkan besi di udara.

Ahli sains selalu dituduh berkelakuan aneh, pelik, gila. Sebab mereka melihat dunia dari sudut pandang yang berbeza dari orang biasa. Mereka memahami haba, cahaya, gerakan, udara, elektrik.

Macam mana seorang sarjana pada masa dulu boleh menguasai lebih dari 1 cabang ilmu.

Contohnya Isaac Newton, dia seorang ahli fizik, pada masa yang sama dia juga ahli kimia, pakar matematik, astronomi & teologi.

Nicalaus Copernicus, dia seorang pakar matematik, ahli astronomi & juga ekonomi.

Kebenaran ilmu adalah lebih penting daripada pengiktirafan.

apa yang membezakan ilmu benar yg diiktiraf dan ilmu benar yang tidak diiktiraf ?

Common knowledge sifatnya subjektif. Kebenaran ilmiah berdasarkan metodologi. Falsafah pula berdasarkan abosolutintersubjektif.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)

Sunday, 1 November 2015

"AGAMA HANIF"

Semua agama mengajak kepada kebaikan. 
Terrorisme bukan agama.
Religous extremism juga bukan agama.

Sebelum Muhammad bin Abdullah menerima wahyu & diangkat sebagai Rasul, apa agama yang dianutinya?

Sebelum kebangkitan Islam, Muhammad Bin Abdullah merupakan pengikut Millah Ibrahim Hanifa. Millah Ibrahim Hanifa merupakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim (Abraham). Nabi Ibrahim dikatakan merupakan Imam kepada semua bangsa. Dari Nabi Ibrahim, lahir banyak fahaman & kepercayaan teologi yang baru

Sebelum Nabi Ibrahim, tidak ada bangsa yang disebut Arab mahupun Yahudi. Kaabah adalah rumah ibadat yang dibangunkan Ibrahim (Abraham). Muhammad adalah pengikut Millah Ibrahim Hanafi. & antara agama yang lahir dari pengikut Ibrahim adalah agama Majusi. Agama Majusi menjadikan api sebagai Tuhan mereka.

Bagaimana pengikut Millah Ibrahim Hanafi yang pada awalnya merupakan ajaran yang lurus berubah kepercayaan mereka kepada kepercayaan Majusi?

Ajaran tauhid Hanif yang dibawa Ibrahim mengajak manusia kepada penyerahan diri kepada Tuhan Yang Satu. 

Hanif bermaksud lurus. Millah Ibrahim Hanifa bermaksud agama Ibrahim yang lurus.

Sebenarnya tidak ada nama khas untuk merujuk kepada ajaran yang dibawa Nabi Ibrahim. Hanif hanya jolokan saja. Ajaran Hanif dianuti oleh Moses (Nabi Musa) & David (Nabi Daud) yang kemudiannya dianggap beragama Yahudi. Nabi Isa juga merupakan pengikut ajaran Millah Ibrahim Hanifa yang kemudian dianggap beragama Nasrani (Kristian). Nabi Muhammad juga merupakan pengikut Millah Ibrahim Hanifa sebelum baginda menerima wahyu.

Ajaran Majusi lahir dari peristiwa Nabi Ibrahim (Abraham) dibakar oleh Namrud. Api gagal membakar tubuh Ibrahim, saksi kepada peristiwa itu telah menjadikan api sebagai Tuhan. Mitos tentang King of King sebenarnya bermula ketika Yahudi dalam buangan, selepas kejatuhan kerajaan Yahudi di Jerusalem. Yahudi percaya akan muncul King of King yang ditabalkan di Jerusalem. Bertahun-tahun selepas kejatuhan Jerusalem, Jesus (Nabi Isa) muncul di Palestin sebagai Messiah. Jesus (Nabi Isa) mula berdakwah dgn memberitahu,
"Kerajaan Tuhan sudah semakin dekat."

Jesus (Nabi Isa) mendesak orang Yahudi untuk bersiap sedia untuk sebuah "peristiwa besar". Jesus (Nabi Isa) memulakan misi dakwah dengan ajaran 1 Tuhan di Galilea, Israel Utara. Jesus (Nabi Isa) meneruskan fahaman 1 Tuhan yang dibawa oleh Millah Ibrahim Hanifa. Jesus (Nabi Isa) pergi ke Jerusalem sebagai Messiah. Nabi Zakaria (Zechariah) meramalkan seorang Messiah akan muncul di Jerusalem dengan menunggang kuda. Jesus (Nabi Isa) muncul di Jerusalem dengan menunggang kuda. Orang ramai mengerumuni baginda. 

Jesus (Nabi Isa) kemudian ditangkap oleh Gabenor Pontius Pilate. Pontius Pilate memerintahkan hukuman mati ke atas Jesus (Nabi Isa) dengan cara hukuman Rom iaitu Salib. Jesus (Nabi Isa) membawa keamanan tapi Gabenor Pontius Pilate bimbang dengan pengaruh Jesus. Pengikut Jesus (Nabi Isa) mengharapkan miracle (mukjizat) daripada Tuhan, tapi tidak ada keajaiban berlaku. Selepas kematian Jesus (Nabi Isa), pengikutnya bermimpi Jesus telah bangkit semula menuju kehidupan baru. Mereka percaya Jesus akan kembali.

Orang Yahudi & Kristian ketika itu tidak banyak beza, mereka tiada keinginan untuk berdakwah kepada Goyim. Ajaran Jesus ketika itu hanya berkisar dikalangan orang Yahudi. Sehingga seorang Yahudi bernama Paul membawa ajaran Jesus ke dunia bukan Yahudi di Rom. Sejak itu, ajaran Jesus bukan lagi kepercayaan untuk Yahudi saja. Paul yakin Jesus bukan milik Yahudi sahaja. Jesus diturunkan ke dunia untuk semua. Ajaran Kristian (asal ajaran Jesus) versi Paul (seorang Yahudi) bersifat universal. Ajaran Jesus bukan untuk sesuatu kaum sahaja.

Pengikut ajaran Kristian versi Paul diajar untuk menyesuaikan ajaran Yahudi demi keperluan mereka. Walau bagaimanapun, pengikut Paul menghadapi kesukaran untuk membaca kitab suci Yahudi. Oleh sebab kesukaran membaca teks asal Yahudi, mereka mula merosakkan & memutarbelit kandungan asal kitab suci tersebut. Pengikut Paul tidak sedar yang unsur-unsur penting dalam keimanan mereka sebenarnya adalah unsur dalam agama Yahudi. Pengikut Paul melihat orang Yahudi sebagai pengkhianat bodoh yang tidak mengiktiraf Jesus (Nabi Isa).

Ketika mentafsir kitab-kitab suci Yahudi mereka melihat ramalan Nabi bangsa Yahudi tentang pertempuran Kosmik (boleh jadi Armageddon). Selepas pertempuran kosmik itu akan wujud Jerusalem Baru (Palestin) & Kristian akan menang. Jerusalem Baru adalah satu dunia baru yang sempurna. Pengikut Paul metafsir musuh-musuh mereka sebagai raksasa besar yang merangkak keluar dari sebuah telaga. Kemunculan raksasa besar dari telaga itu adalah tanda kedatangan Kiamat seperti yang disebut dalam kitab suci mereka.

Penulis Bible kedua adalah orang Thessalonian. Tapi dia menggunakan nama Saint Paul sebagai penghormatan kepada Paul. Penulis Thessalonian bergelut dalam masalah yang besar ketika menulis Warkah Kedua (Bible). Dalam Warkah Pertama, Paul menjanjikan bahawa Nabi Isa akan diturunkan kali kedua ke dunia dalam masa terdekat. Ini bermakna Nabi Isa akan muncul ketika Paul masih hidup. Tapi tidak lama kemudian Paul meninggal & Isa tidak muncul-muncul. Penulis Thessalonian menghadapi masalah untuk menulis Warkah Kedua selepas 50 tahun Warkah Pertama yang ditulis Paul. Penulis Thessalonian menjelaskan dalam Warkah Kedua, Nabi Isa tidak akan muncul selagi tidak berlakunya peristiwa besar.

Seorang pemberontak (AntiChrist/Dajjal) akan muncul & mengaku diri sebagai Tuhan. Dia akan muncul di Temple of Solomon di Jerusalem. Manusia akan menyembah pemberontak tersebut sebagai Tuhan & selepas itu Nabi Isa akan muncul buat kali kedua. Berdasarkan Warkah Kedua, orang Kristian berhadapan fakta yang Nabi Isa tidak akan kembali dalam waktu terdekat. Sesetengah orang melihat antichrist sebagai iblis. Sebahagian yang lain melihatnya sebagai pembidaah. Agama yang berasaskan keamanan yang dibawa Nabi Isa akhirnya disusupi gagasan bernuansa peperangan.

Kalau ditanya orang Barat hari ini agama mana paling ganas antara 3 agama samawi, mereka akan menjawab "Islam."

Selama beratus tahun orang Barat menggambarkan Islam sebagai agama pedang. Islam adalah satu agama yang secara umumnya sangat asing bagi orang Barat. Sebelum tragedi 9/11, orang Barat langsung tidak peduli tentang Islam. Orang Islam pula melihat diri mereka sebagai sebahagian perancangan Tuhan untuk dunia. Sama seperti Yahudi & Kristian. Islam lahir pada awal abad ke 7 untuk menyelesaikan masalah besar di Hijaz. Penduduk Hijaz ketika itu sedang mengalami krisis peribadi. Aktiviti dagang telah membawa kemakmuran di Hijaz, khususnya Mekah. Bandar-bandar kaya mula berkembang di Hijaz & orang Arab telah mengikut gaya hidup serba elit. Aturan sosial di Hijaz mula hancur. 

Orang Yahudi & Kristian di Hijaz memandang rendah kepada orang Arab kerana krisis keimanan mereka yang kronik. Yahudi & Kristian di Hijaz melihat orang Arab sebagai kaum Barbarian, tidak menerima wahyu dari Tuhan & memuja berhala yang sangat primitif. Tempat ibadat Arab juga sangat pelik, ia seperti kotak dan diberi nama Kaabah. Orang Arab mengelilingi sebuah kotak (kaabah) & sangat memuliakan Batu Hitam (Hajar Aswad), sebuah batu meteor di tempat pemujaan. Kristian & Yahudi merasakan aktiviti pemujaan bangsa Arab itu sangat primitif.

Walau bagaimanapun, bukan semua bangsa Arab melakukan ritual primitif menyembah berhala, ada yang mengikut Millah Ibrahim Hanafi. Pengikut Millah Ibrahim Hanafi digelar sebagai Hanif. Dalam banyak-banyak Tuhan (berhala) disekeliling kotak (Kaabah), ketua semua Tuhan itu adalah "Allah". Mengikut mitos lama, "Allah" tidak berupaya mengawal tuhan-tuhan yang banyak disekeliling kotak (Kaabah) tersebut. Pengikut Hanif hanya menyembah Allah & tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain. Pengikut Hanif juga mendakwa Allah adalah Tuhan yang sama seperti disembah Yahudi & Kristian. Pengikut Hanif mengatakan Allah ada perancangan untuk orang Arab sejak hari pertama Allah menurunkan wahyu kepada dunia.

Kitab suci Yahudi menyebut bahawa isteri Abraham (Nabi Ibrahim) iaitu Sara (Sarah) mandul. Nabi Ibrahim (Abraham) kemudian menjadikan gadis Mesir iaitu Hagar (Hajar) sebagai isteri kedua. Ada sumber mengatakan Hagar (Hajar) adalah anak Firaun. Hagar (Hajar) telah melahirkan Ishmael (Nabi Ismail) yang darinya lahir bangsa Arab. Sarah cemburu melihat Hagar (Hajar) & dia tidak rela dimadukan. Selepas Sarah melahirkan Isaac (Nabi Ishak), Sarah mendesak Abraham (Nabi Ibrahim) menghantar Hagar (Hajar) & Ishmael ke tempat yang jauh. Abraham (Nabi Ibrahim) tidak sampai hati untuk berpisah dengan Hagar (Hajar) & Ishmael. Tapi Tuhan telah menghiburkan Abraham dengan wahyu.

"Janganlah hatimu (Abraham) geram disebabkan anak (Ishmael) & hambamu (Hajar) itu. Dengarlah apa yang dikatakan Sarah." - Kitab Kejadian 21

"Yang akan disebut sebagai keturunanmu (Abraham) adalah berasal daripada Isaac (Anak Abraham & Sarah)." - Kitab Kejadian

"Tetapi keturunan daripada hambamu (Hajar) itu akan Ku jadikan juga suatu bangsa (Arab) kerana dia (Ishmael) anakmu juga." Kitab Kejadian


By: JACK VLADIMIR(twitter)