Sunday, 8 November 2015

"LELAKI GANJIL"

2,200 tahun yang lalu, ada seorang lelaki yang teramat pelik. Dia over excited bila berjaya selesaikan sesuatu persoalan.

Ramai yang berpendapat lelaki ni seorang yang ganjil dengan ideanya yang luar biasa ditambah pula dengan kelakuannya.

Pada 1 hari, Raja meminta lelaki ganjil itu menyelesaikan 1 masalah.

Masalah tersebut ialah bagaimana mahu mengenalpasti sama ada mahkota raja diperbuat dari emas tulen atau tiruan.

Lelaki ganjil itu meneliti mahkota raja, dia tak berjaya temui jawapan.

Sebab bersungguh-sungguh sangat mahukan jawapan, lelaki ganjil itu secara tak sengaja telah merosakkan mahkota raja.

Pada suatu petang, lelaki ganjil itu mandi dalam tab mandi. Air melimpah keluar.

Secara tak sengaja, lelaki ganjil tadi menemui jawapan untuk menjawab persoalan Raja berkenaan ketulenan emas pada mahkota baginda.

Dia mengambil emas yang memiliki berat yang sama dengan mahkota raja.

Emas & mahkota tadi diletakkan dalam 2 bekas berisi air. Emas dalam bekas A. Mahkota dalam bekas B.

Bekas A yang mengandungi emas melimpahkan air sedikit berbanding bekas B.

Perbezaan ini disebabkan oleh ketumpatan (density).

Emas lebih tumpat dari mahkota. Ini bermakna berat yang sama memuatkan isipadu yang berbeza.

Lelaki ganjil itu berjaya membukti bahawa mahkota Raja adalah diperbuat daripada emas palsu.

Suatu hari, lelaki ini sedang menyelesaikan 1 masalah fizik.

Ketika lelaki ganjil itu sedang melukis bulatan & membuat rumusan, dia dibunuh.

Kata-kata akhir lelaki ini, "Jangan usik bulatan (permasalahan fizik) saya."

Lelaki ganjil itu telah mengabadikan hayatnya dengan ilmu.

Korang tahu siapa lelaki ganjil itu? Dia adalah Archimedes.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)

"SOALAN"

Kau pernah tak tanya soalan2 seperti "Ayam ada kepak, kenapa ayam tak boleh terbang." Then ada orang balas "Jgn pertikai kejadian Tuhan!"

"Apa fungsi puting dada lelaki?" "Jangan pertikai kejadian Tuhan!"

"Kenapa kucing ada banyak nenen, manusia ada 2 nenen?" "Jangan pertikai kejadian Tuhan!"

Ayat jangan pertikai kejadian Tuhan ni boleh menyekat kita dari berfikir tentang kebesaran Tuhan & membantutkan perkembangan ilmu.

"Macam mana dunia berfungsi?" "Jangan tanya soalan tu, Tuhan saja yang tahu." Ini pun boleh bantutkan proses perkembangan ilmu.

Sains penuh dengan risiko, ada yang berdepan kematian, putus asa, kecewa, diketawakan, dilempar pelbagai tuduhan.

Bila buat silap, diketawakan.

Kalau 1,000 tahun lepas kita kata besi boleh terbang, mesti akan dituduh gila.

Hidup kita mungkin berbeza hari ini kalau tiada orang gila yang berfikir bagaimana dapat terbangkan besi di udara.

Ahli sains selalu dituduh berkelakuan aneh, pelik, gila. Sebab mereka melihat dunia dari sudut pandang yang berbeza dari orang biasa. Mereka memahami haba, cahaya, gerakan, udara, elektrik.

Macam mana seorang sarjana pada masa dulu boleh menguasai lebih dari 1 cabang ilmu.

Contohnya Isaac Newton, dia seorang ahli fizik, pada masa yang sama dia juga ahli kimia, pakar matematik, astronomi & teologi.

Nicalaus Copernicus, dia seorang pakar matematik, ahli astronomi & juga ekonomi.

Kebenaran ilmu adalah lebih penting daripada pengiktirafan.

apa yang membezakan ilmu benar yg diiktiraf dan ilmu benar yang tidak diiktiraf ?

Common knowledge sifatnya subjektif. Kebenaran ilmiah berdasarkan metodologi. Falsafah pula berdasarkan abosolutintersubjektif.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)

Sunday, 1 November 2015

"AGAMA HANIF"

Semua agama mengajak kepada kebaikan. 
Terrorisme bukan agama.
Religous extremism juga bukan agama.

Sebelum Muhammad bin Abdullah menerima wahyu & diangkat sebagai Rasul, apa agama yang dianutinya?

Sebelum kebangkitan Islam, Muhammad Bin Abdullah merupakan pengikut Millah Ibrahim Hanifa. Millah Ibrahim Hanifa merupakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim (Abraham). Nabi Ibrahim dikatakan merupakan Imam kepada semua bangsa. Dari Nabi Ibrahim, lahir banyak fahaman & kepercayaan teologi yang baru

Sebelum Nabi Ibrahim, tidak ada bangsa yang disebut Arab mahupun Yahudi. Kaabah adalah rumah ibadat yang dibangunkan Ibrahim (Abraham). Muhammad adalah pengikut Millah Ibrahim Hanafi. & antara agama yang lahir dari pengikut Ibrahim adalah agama Majusi. Agama Majusi menjadikan api sebagai Tuhan mereka.

Bagaimana pengikut Millah Ibrahim Hanafi yang pada awalnya merupakan ajaran yang lurus berubah kepercayaan mereka kepada kepercayaan Majusi?

Ajaran tauhid Hanif yang dibawa Ibrahim mengajak manusia kepada penyerahan diri kepada Tuhan Yang Satu. 

Hanif bermaksud lurus. Millah Ibrahim Hanifa bermaksud agama Ibrahim yang lurus.

Sebenarnya tidak ada nama khas untuk merujuk kepada ajaran yang dibawa Nabi Ibrahim. Hanif hanya jolokan saja. Ajaran Hanif dianuti oleh Moses (Nabi Musa) & David (Nabi Daud) yang kemudiannya dianggap beragama Yahudi. Nabi Isa juga merupakan pengikut ajaran Millah Ibrahim Hanifa yang kemudian dianggap beragama Nasrani (Kristian). Nabi Muhammad juga merupakan pengikut Millah Ibrahim Hanifa sebelum baginda menerima wahyu.

Ajaran Majusi lahir dari peristiwa Nabi Ibrahim (Abraham) dibakar oleh Namrud. Api gagal membakar tubuh Ibrahim, saksi kepada peristiwa itu telah menjadikan api sebagai Tuhan. Mitos tentang King of King sebenarnya bermula ketika Yahudi dalam buangan, selepas kejatuhan kerajaan Yahudi di Jerusalem. Yahudi percaya akan muncul King of King yang ditabalkan di Jerusalem. Bertahun-tahun selepas kejatuhan Jerusalem, Jesus (Nabi Isa) muncul di Palestin sebagai Messiah. Jesus (Nabi Isa) mula berdakwah dgn memberitahu,
"Kerajaan Tuhan sudah semakin dekat."

Jesus (Nabi Isa) mendesak orang Yahudi untuk bersiap sedia untuk sebuah "peristiwa besar". Jesus (Nabi Isa) memulakan misi dakwah dengan ajaran 1 Tuhan di Galilea, Israel Utara. Jesus (Nabi Isa) meneruskan fahaman 1 Tuhan yang dibawa oleh Millah Ibrahim Hanifa. Jesus (Nabi Isa) pergi ke Jerusalem sebagai Messiah. Nabi Zakaria (Zechariah) meramalkan seorang Messiah akan muncul di Jerusalem dengan menunggang kuda. Jesus (Nabi Isa) muncul di Jerusalem dengan menunggang kuda. Orang ramai mengerumuni baginda. 

Jesus (Nabi Isa) kemudian ditangkap oleh Gabenor Pontius Pilate. Pontius Pilate memerintahkan hukuman mati ke atas Jesus (Nabi Isa) dengan cara hukuman Rom iaitu Salib. Jesus (Nabi Isa) membawa keamanan tapi Gabenor Pontius Pilate bimbang dengan pengaruh Jesus. Pengikut Jesus (Nabi Isa) mengharapkan miracle (mukjizat) daripada Tuhan, tapi tidak ada keajaiban berlaku. Selepas kematian Jesus (Nabi Isa), pengikutnya bermimpi Jesus telah bangkit semula menuju kehidupan baru. Mereka percaya Jesus akan kembali.

Orang Yahudi & Kristian ketika itu tidak banyak beza, mereka tiada keinginan untuk berdakwah kepada Goyim. Ajaran Jesus ketika itu hanya berkisar dikalangan orang Yahudi. Sehingga seorang Yahudi bernama Paul membawa ajaran Jesus ke dunia bukan Yahudi di Rom. Sejak itu, ajaran Jesus bukan lagi kepercayaan untuk Yahudi saja. Paul yakin Jesus bukan milik Yahudi sahaja. Jesus diturunkan ke dunia untuk semua. Ajaran Kristian (asal ajaran Jesus) versi Paul (seorang Yahudi) bersifat universal. Ajaran Jesus bukan untuk sesuatu kaum sahaja.

Pengikut ajaran Kristian versi Paul diajar untuk menyesuaikan ajaran Yahudi demi keperluan mereka. Walau bagaimanapun, pengikut Paul menghadapi kesukaran untuk membaca kitab suci Yahudi. Oleh sebab kesukaran membaca teks asal Yahudi, mereka mula merosakkan & memutarbelit kandungan asal kitab suci tersebut. Pengikut Paul tidak sedar yang unsur-unsur penting dalam keimanan mereka sebenarnya adalah unsur dalam agama Yahudi. Pengikut Paul melihat orang Yahudi sebagai pengkhianat bodoh yang tidak mengiktiraf Jesus (Nabi Isa).

Ketika mentafsir kitab-kitab suci Yahudi mereka melihat ramalan Nabi bangsa Yahudi tentang pertempuran Kosmik (boleh jadi Armageddon). Selepas pertempuran kosmik itu akan wujud Jerusalem Baru (Palestin) & Kristian akan menang. Jerusalem Baru adalah satu dunia baru yang sempurna. Pengikut Paul metafsir musuh-musuh mereka sebagai raksasa besar yang merangkak keluar dari sebuah telaga. Kemunculan raksasa besar dari telaga itu adalah tanda kedatangan Kiamat seperti yang disebut dalam kitab suci mereka.

Penulis Bible kedua adalah orang Thessalonian. Tapi dia menggunakan nama Saint Paul sebagai penghormatan kepada Paul. Penulis Thessalonian bergelut dalam masalah yang besar ketika menulis Warkah Kedua (Bible). Dalam Warkah Pertama, Paul menjanjikan bahawa Nabi Isa akan diturunkan kali kedua ke dunia dalam masa terdekat. Ini bermakna Nabi Isa akan muncul ketika Paul masih hidup. Tapi tidak lama kemudian Paul meninggal & Isa tidak muncul-muncul. Penulis Thessalonian menghadapi masalah untuk menulis Warkah Kedua selepas 50 tahun Warkah Pertama yang ditulis Paul. Penulis Thessalonian menjelaskan dalam Warkah Kedua, Nabi Isa tidak akan muncul selagi tidak berlakunya peristiwa besar.

Seorang pemberontak (AntiChrist/Dajjal) akan muncul & mengaku diri sebagai Tuhan. Dia akan muncul di Temple of Solomon di Jerusalem. Manusia akan menyembah pemberontak tersebut sebagai Tuhan & selepas itu Nabi Isa akan muncul buat kali kedua. Berdasarkan Warkah Kedua, orang Kristian berhadapan fakta yang Nabi Isa tidak akan kembali dalam waktu terdekat. Sesetengah orang melihat antichrist sebagai iblis. Sebahagian yang lain melihatnya sebagai pembidaah. Agama yang berasaskan keamanan yang dibawa Nabi Isa akhirnya disusupi gagasan bernuansa peperangan.

Kalau ditanya orang Barat hari ini agama mana paling ganas antara 3 agama samawi, mereka akan menjawab "Islam."

Selama beratus tahun orang Barat menggambarkan Islam sebagai agama pedang. Islam adalah satu agama yang secara umumnya sangat asing bagi orang Barat. Sebelum tragedi 9/11, orang Barat langsung tidak peduli tentang Islam. Orang Islam pula melihat diri mereka sebagai sebahagian perancangan Tuhan untuk dunia. Sama seperti Yahudi & Kristian. Islam lahir pada awal abad ke 7 untuk menyelesaikan masalah besar di Hijaz. Penduduk Hijaz ketika itu sedang mengalami krisis peribadi. Aktiviti dagang telah membawa kemakmuran di Hijaz, khususnya Mekah. Bandar-bandar kaya mula berkembang di Hijaz & orang Arab telah mengikut gaya hidup serba elit. Aturan sosial di Hijaz mula hancur. 

Orang Yahudi & Kristian di Hijaz memandang rendah kepada orang Arab kerana krisis keimanan mereka yang kronik. Yahudi & Kristian di Hijaz melihat orang Arab sebagai kaum Barbarian, tidak menerima wahyu dari Tuhan & memuja berhala yang sangat primitif. Tempat ibadat Arab juga sangat pelik, ia seperti kotak dan diberi nama Kaabah. Orang Arab mengelilingi sebuah kotak (kaabah) & sangat memuliakan Batu Hitam (Hajar Aswad), sebuah batu meteor di tempat pemujaan. Kristian & Yahudi merasakan aktiviti pemujaan bangsa Arab itu sangat primitif.

Walau bagaimanapun, bukan semua bangsa Arab melakukan ritual primitif menyembah berhala, ada yang mengikut Millah Ibrahim Hanafi. Pengikut Millah Ibrahim Hanafi digelar sebagai Hanif. Dalam banyak-banyak Tuhan (berhala) disekeliling kotak (Kaabah), ketua semua Tuhan itu adalah "Allah". Mengikut mitos lama, "Allah" tidak berupaya mengawal tuhan-tuhan yang banyak disekeliling kotak (Kaabah) tersebut. Pengikut Hanif hanya menyembah Allah & tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain. Pengikut Hanif juga mendakwa Allah adalah Tuhan yang sama seperti disembah Yahudi & Kristian. Pengikut Hanif mengatakan Allah ada perancangan untuk orang Arab sejak hari pertama Allah menurunkan wahyu kepada dunia.

Kitab suci Yahudi menyebut bahawa isteri Abraham (Nabi Ibrahim) iaitu Sara (Sarah) mandul. Nabi Ibrahim (Abraham) kemudian menjadikan gadis Mesir iaitu Hagar (Hajar) sebagai isteri kedua. Ada sumber mengatakan Hagar (Hajar) adalah anak Firaun. Hagar (Hajar) telah melahirkan Ishmael (Nabi Ismail) yang darinya lahir bangsa Arab. Sarah cemburu melihat Hagar (Hajar) & dia tidak rela dimadukan. Selepas Sarah melahirkan Isaac (Nabi Ishak), Sarah mendesak Abraham (Nabi Ibrahim) menghantar Hagar (Hajar) & Ishmael ke tempat yang jauh. Abraham (Nabi Ibrahim) tidak sampai hati untuk berpisah dengan Hagar (Hajar) & Ishmael. Tapi Tuhan telah menghiburkan Abraham dengan wahyu.

"Janganlah hatimu (Abraham) geram disebabkan anak (Ishmael) & hambamu (Hajar) itu. Dengarlah apa yang dikatakan Sarah." - Kitab Kejadian 21

"Yang akan disebut sebagai keturunanmu (Abraham) adalah berasal daripada Isaac (Anak Abraham & Sarah)." - Kitab Kejadian

"Tetapi keturunan daripada hambamu (Hajar) itu akan Ku jadikan juga suatu bangsa (Arab) kerana dia (Ishmael) anakmu juga." Kitab Kejadian


By: JACK VLADIMIR(twitter)

Saturday, 31 October 2015

"PERANG SLIB" ( pendek )

Bila sebut "Perang Salib" kita mesti membayangkan pembabitan 2 pihak saja iaitu 1. Islam. 2. Kristian.

Sebenarnya "Perang Salib" turut melibatkan Yahudi. Salah 1 keterujaan dalam Perang Salib adalah tradisi membenci Yahudi.


Yahudi dianggap musuh kepada kita & musuh kepada segala-galanya. Penuh prasangka. Keupayaan Adolf Hitler menghancurkan Yahudi dibakar dengan pelbagai mitos Perang Salib yang tak nampak di mata.


Sewaktu Perang Salib, tentera Salib banyak membunuh Yahudi di Perancis & Jerman. Pendirian rasmi Kristian terhadap Yahudi ketika itu adalah Yahudi dianggap masyarakat yang licik. Kristian pada waktu itu meletakkan Yahudi pada kedudukan terendah dalam dunia Kristian.


Sepanjang Perang Salib, gulungan2 "Taurat" dibakar & sinagog Yahudi dimusnahkan. Yahudi dibenci ketika itu bukan saja kerana licik tapi kerana mereka bertanggungjawab menyalib Jesus (Nabi Isa). Waktu tentera Salib memburu Yahudi, Pihak Gereja memberi perlindungan kepada mereka dgn pilihan

Memeluk kristian, atau Mati

Prof Jonathan Riley Smith berpendapat, Pihak Gereja sekarang tak mengiktiraf tentera Salib pertama kerana malu atas pembunuhan Yahudi. Paus Urban sendiri tak mampu mengawal tentera Salib pertama yang "dicipta" nya sendiri. Ada jurang mengenai apa yang dimaksudkan oleh pihak gereja dengan apa yang difahami masyarakat Eropah ketika itu. 

Apa yang menyebabkan tentera Salib menyerang Yahudi sedangkan matlamat utama mereka adalah kaum Muslim?

Sebenarnya tak ramai dikalangan orang Eropah ketika itu yang mengenali "Muslim". Yang mempunyai hubungan secara langsung dengan orang Muslim hanya golongan kaya Eropah yang datang ke Tanah Suci mereka di Palestin. 

Kristian & Islam ketika itu mempunyai 2 dunia yang terpisah. Muslim di Cordova sendiri tidak tahu banyak mengenai Eropah Barat ketika itu. Orang Muslim di Cordova ketika itu hanya tahu Kristian hanya wujud di Byzantium. Mereka menganggap di Eropah Barat tiada apa2 kerana terpisah oleh hutan belantara. 

Musuh pertama yang dicipta oleh Tentera Salib I adalah Yahudi. Yahudi di Eropah Barat ketika itu hidup dalam kelompok mereka sendiri & ada identiti tersendiri yang ketara dengan masyarakat Kristian. Masyarakat Yahudi ketika itu ada perasaan curiga & takut kepada Non-Yahudi. Yahudi sebenarnya ada tradisi yang unik.

Di Jerman, Yahudi tidak dianggap sebagai bangsa. Yahudi dianggap sebagai tradisi & agama. Ketika pihak Salib memberi pilihan sama ada memilih Kristian atau mati, ramai Yahudi yang memilih untuk mati. Masyarakat Yahudi ketika itu menganggap, tanpa agama maka tiada erti lagi mereka hidup. Sebenarnya sewaktu mendapat info awal bahawa tentera Salib akan membunuh Yahudi, kebanyakan Yahudi di Perancis tidak percaya. 

Yahudi di Perancis mengatakan mereka sudah lama hidup bersama masyarakat Kristian, mustahil tentera Kristian akan mendatangi mereka. Perkara yang sama berlaku pada zaman Adolf Hitler. Mereka yakin Nazi tidak akan membantai Yahudi. Yahudi di Perancis ketika itu tidak mempunyai alasan yang kuat untuk percaya tentera Salib akan membunuh mereka. 

BY: JACK VLADIMIR(twitter)



"PERANG SALIB"

Aku nak cerita pasal Perang Salib yang tak diceritakan dalam buku teks sejarah. Dalam buku teks sejarah, apa yang diceritakan berkenaan Perang Salib terlalu pendek & kurang menarik. Kristian Ortodoks di Eropah mula hancur ketika Zaman Kegelapan Eropah. 

Apa maksud Ortodoks?

Menurut Kamus Dewan edisi 4, Ortodoks bermaksud berpegang kepada prinsip yang diterima umum atau kolot. Islam Ortodoks pula merujuk kepada aliran atau mazhab mana?

Menurut buku "The State of Terror" istilah Islam Ortodoks merujuk kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. So, kita dapat definisikan Kristian Ortodoks sebagai ajaran yang diterima umum atau ajaran asal. Zaman Gelap Eropah menjadi faktor kepada kehancuran Kristian Ortodoks di Eropah. 

Selepas Eropah diserang puak Barbarian pada abad ke 5 & 6, Empayar Rom hancur musnah. Kemudian Eropah jatuh menjadi wilayah primitif. Orang Eropah mula kembali menjalani kehidupan secara primitif dengan bercucuk tanam sebagai aktiviti sara hidup yang utama. Sebelum Eropah masuk ke Zaman Gelap, di situ terdapat sebuah Empayar (Rom) silam yang pencapaiannya sangat hebat & bangsanya besar.

Selepas Empayar Rom hancur, kebijaksanaan & pencapaian ilmu pengetahuan serta teknologi mereka turut lenyap bersama. Sebaik saja Rom hancur, berlaku kebuluran kesan dari peperangan yang panjang. Tanaman habis musnah. Wabak penyakit mula melanda Eropah & saki baki orang Eropah yang ada tidak tahu bagaimana untuk menangani & menyediakan ubat. Keruntuhan Empayar Rom juga musnah bersama keimanan sejati penganut Kristian (Ortodoks).

Kristian Ortodoks yang bertahan hanya di bahagian Selatan Eropah. Di Utara, masyarakat Eropah terpisah dari pusat politik. Disebabkan Eropah utara terpisah jauh dari pusat politik, mereka turut putus harapan kepada keadaan tidak Bertuhan. Dalam masa yang sama, Islam bangkit di Cordova & Andalusia, Sepanyol. Orang Islam di Sepanyol tidak tahu ada kehidupan di sebelah Eropah Barat kerana mereka menyangka semuanya sudah hancur bersama Empayar Rom. Sepanyol menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu.

Di Eropah Barat, masyarakat di sana mula bercucuk tanam & menghasilkan teknologi pertanian yang baru. Selepas penemuan demi penemuan dalam pertanian, berlaku lebihan sumber & aktiviti jual beli kembali aktif di Eropah Barat. Gereja yang bertahan dari zaman gelap mula bangkit semula dengan kekuatan baru. Para Paderi telah menghantar mubaligh ke kerajaan-kerajaan Barbarian di sebelah utara. Misi mereka mencapai kejayaan. Puak Anglo-Saxon di England & puak Frank dari Gaul berjaya dikristiankan. Puak Anglo-Saxon di England majoritinya bodoh & buta huruf. Keimanan mereka pada Kristian bercampur dengan unsur pagan.

Constantinople tetap teguh. Orang Eropah memanggilnya sebagai "Byzantine." Orang Islam memanggilnya sebagai "Rum".  Maharaja Constantinople adalah keturunan Maharaja Rom silam. Kesaktria Constantinople mahir berperang & tentera Islam langsung tidak dapat mendekati Constantinople even pada zaman gelap. Constantinople menjadi satu-satunya pemerintah Eropah yang tinggal, pusat pemerintahannya di Ravenna. Gereja-gereja Kristian Ortodoks di Jerusalem (Palestin), Antioch, Iskandariah semua tenggelam dengan pengaruh Islam.

Constantinople menjadi benteng keimanan terakhir umat Kristian sebagai "Penjaga Kesucian Kristian" menyekat pengaruh Islam & ancaman Barbar. Istana Constantiople dianggap sebagai bayangan kuasa empayar syurga. Penduduk Byzantine (Constantinople) menggambarkan Jesus (Nabi Isa) sebagai "Pantocrator ( Ruler of All)". Oh ya, Constantinople terletak di Timur Eropah. Rasanya sebelah Sepanyol je. Untuk kesahihan kau cek sendiri lah peta nanti. Suasana keagamaan Kristian di Eropah Barat & Eropah Timur sangat berbeza.

Di Barat, Jesus digambarkan dalam keadaan menderita disalib. Di Timur, Jesus digambarkan sebagai Pantocrator atau Maharaja Semesta Alam.

Perbezaan fahaman agama di Barat dan di Timur (Constantinople) sebenarnya lebih kepada bersifat psikologi. Constantinople yang masih bertahan pada zaman gelap merasa bertanggungjawab memulihara tradisi & identiti Kristian. Masyarakat Kristian di Barat merasa tersinggung dipandang rendah oleh Constantinople di Timur. Masyarakat Kristian di Barat tidak mahu ada 2 fahaman Kristian yang terpisah. Mereka mahu Constantinople menunjukkan rasa hormat pada mereka. Para paderi di Barat melihat Maharaja Constantinople cenderung untuk bersaing menuntut hak sebagai ketua gereja tertinggi.

Menariknya, mereka tidak melihatkan sikap permusuhan terhadap Islam ketika itu. Masyarakat Kristian sangat mengagumi & memuliakan Harun Al-Rasyid, Khalifah Islam di Baghdad. Musuh utama Kristian di Barat ketika itu bukan Islam tapi orang-orang Constatinople (Timur). Tahun 962 M, Otto I naik takhta sebagai Maharaja & aktiviti seni & budaya di Jerman mula bangkit. Orang Constantinople (Kristian Timur) cemburu melihat kebangkitan kerajaan pimpinan Otto I (Jerman).Lepas 6 tahun Otto menjadi Maharaja, Otto hantar duta ke Constantinople. Nama duta tu Liudprand.

Ketika Liudpard (Duta Otto) berada di Constantinople, kain sutera warna purple miliknya dirampas. Maharaja Constantinople tidak membenarkan orang asing memakai kain berwarna purple. Purple hanya layak dipakai oleh orang Constantinople sebab mereka menganggap mereka mengungguli seluruh bangsa lain di dunia. Otto mendapat tahu layanan buruk Constantinople, & menganggap ia satu penghinaan. Bangsa Itali, Saxon (England), Frank, Bavaria, Swabia & bangsa-bangsa lain tidak layak memakai kain purple di Constantinople. Otto melihat Constantinople sebagai antithesis identiti barat. Apa maksud antithesis?

Antithesis bermaksud pertentangan yang melahirkan rasa tidak puas hati.

Kerajaan Barat & Timur Kristian bermusuhan & pada masa yang sama Islam di Sepanyol berkembang pesat. Orang Turki waktu tu dikatakan baru peluk Islam & sikap mereka sangat extrem terhadap agama. Orang Turki ni dikatakan sangat rasis & kasar. Masyarakat Eropah yang datang ke Jerusalem dilayan double standard oleh orang Turki. Ramai orang Eropah tak puas hati dengan layanan yang diterima di Jerusalem. Mereka balik ke Eropah & ceritakan layanan buruk yang diterima. Sikap orang Turki adalah antara faktor pencetus perang salib.

Sekitar tahun 1,000 M, satu kisah mitos lama digali semula oleh orang Eropah. Mitos ni sangat mempengaruhi tercetusnya perang salib. Mitos ni ada kaitan dengan Dajjal. Mitos tu berkenaan "King of King" yang akan muncul pada akhir zaman menyelamatkan kaum Kristian dari Anti-Christ (Dajjal). Pada akhir zaman nanti, akan muncul seorang Maharaja dari Barat yang akan dimahkotakan di Jerusalem (Palestin). Maharaja ni diberi jolokan King of King yang akan memerangi Anti-Christ (Dajjal) di Jerusalem (Palestin).

Masyarakat Eropah mula tertanya-tanya siapa "King of King" yang akan menggalas misi di Jerusalem.Masyarakat Eropah merasa bahawa mereka bertanggungjawab kembali ke Jerusalem menanti ketibaan King of King. 33 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1033 M, seramai 7 ribu orang Eropah berhijrah ke Jerusalem (Palestin). Mereka tahu AntiChrist sedang bersembunyi di Jerusalem & mereka merasa terpanggil untuk memaksa AntiChrist mengisytiharkan dirinya.

Tahun 1095 M, lebih kurang 60 tahun selepas itu, Paus Urban memberi pidato Perang Salib. Paus Urban menyeru semua pahlawan Eropah berkumpul bagi membebaskan Jerusalem (Palestin). Para pahlawan Eropah merasa terpanggil untuk menyelamatkan dunia & mewujudkan Jerusalem Baru.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)




IMPIAN

Impian. Semua orang ada impian. Apa impian korang?

Impian atau angan-angan tak ubah sekadar bermimpi. Semua orang ada impian even loser juga ada impian. Impian hanya untuk mereka yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Ramai yang memasang impian yang tak realistik, tak sedar diri dalam bahasa kasar.

Impian adalah something yang tidak jelas = Angan-angan.

Aku lebih sukar guna istilah matlamat berbanding impian. Impian lebih kepada matlamat jangka panjang yang samar-samar.

Aku pernah beritahu dulu, untuk berjaya kita perlu ada matlamat kecil & matlamat besar. Matlamat kecil akan menjadi jambatan kepada kita menuju ke matlamat besar.

Aku juga pernah beritahu, dalam 1 tahun sekurang kurangnya perlu ada 10 matlamat kecil untuk menuju ke matlamat besar. Realisasikan dulu 10 matlamat kecil ni, kalau dalam tempoh 1 tahun kurang dari 6 yang berjaya, lupakan saja matlamat besar atau impian kau.

Matlamat ibarat destinasi. Tindakan pula ibarat kau sedang memandu ke arah destinasi tersebut. Untuk ke matlamat besar (final destination), kau perlu jelas dengan matlamat-matlamat kecil (laluan ke matlamat besar) dulu.

Tadi aku ibaratkan tindakan adalah pemanduan kau. Andai kau memandu laju sekalipun, tanpa destinasi yang jelas adalah sia-sia. Walaupun kau bekerja keras, tapi tanpa matlamat yang jelas kau tak akan ke mana pun. 

Tak salah nak ada matlamat setinggi gunung asalkan kau jelas & tahu laluan untuk menuju ke matlamat tersebut.

Aim for the stars, but if you fall you will land on the moon.

Berjaya tu subjektif. Siapa-siapa saja boleh berjaya ikut matlamat masing-masing.

Kalau kau berjaya sebagai profesional, kau tak boleh menidakkan kejayaan orang lain dalam bidang seni misalnya.

Kalau kau berjaya dalam akademik, kau tak boleh menidakkan kejayaan orang lain dalam bidang kewangan misalnya.

Berjaya itu subjektif. Boleh jadi dalam : 1. Kerjaya. 2. Kewangan. 3. Akademik. 4. Keluarga. 5. Sikap. 6. Fizikal. 7. Kebajikan.

Perlu sentiasa fikir apa status diri kau sekarang & apa pula status diri kau dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang. Apa yang kau buat sekarang akan menjadi penentu siapa diri kau pada masa akan datang. Mungkin dalam tempoh 5 atau 10 tahun dari sekarang.

Perlu sentiasa renung ke dalam diri & fikir dalam-dalam, apa yang kau nak capai dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Bayangkan siapa diri kau 5 tahun akan datang. Lihat wajah kau dengan jelas dalam bayangan tu.

Cipta persekitaran yang boleh menyokong gambaran yang kau lukiskan dalam minda tu.

Semoga berjaya semua dengan matlamat masing-masing .

BY: JACK VLADIMIR(twitter)



Thursday, 29 October 2015

ILMU

Jangan baca 1 sumber & kau terus percaya pada sumber bacaan tu. Banyakkan lagi membaca.

Menurut WHO, setiap saat terdapat 40 kes bunuh diri (tak termasuk kes yang tak dilaporkan) di seluruh dunia.

Republic of Guyana (Amerika Selatan) menjadi negara tertinggi mencatatkan kes bunuh diri.

Negara kedua mencatatkan kes bunuh diri tertinggi adalah Korea Utara.

Dunia ini penuh dengan maklumat & ribut teka teki. Ilmu yang kita ada ibarat setitik saja dalam lautan ilmu yang luas.

Dalam dunia yang penuh dengan informasi ini, adalah penting untuk kita fahami satu perkara supaya tidak sesat dalam ribut teka teki. Maklumat-maklumat yang ada biasanya bercanggah antara satu.

No two people view the same event in the same way.

Jangan terima bulat-bulat apa saja maklumat yang baru ditemui dan jangan pula tolak terus semua maklumat-maklumat tersebut.

Saya merasakan adalah menjadi tanggungjawab untuk kita kongsi tentang apa yang kita pelajari kepada orang lain.

Jika seseorang itu haus, berikan dia 1/2 cawan air. Jika dia masih haus, berikan 1/2 cawan air lagi. Bila seseorang itu dahagakan ilmu, dia perlu berasa haus pada ilmu.

Jangan berikan semua maklumat atau pengetahuan yang kita tahu sekaligus kepada seseorang. Kerana manusia tidak reti hargai pemberian percuma.

Jika mereka tidak mahu ambil pengetahuan yang dikongsi, itu bukan tanggungjawab si pemilik ilmu itu lagi. Cara terbaik untuk belajar sesuatu ialah mereka mencarinya sendiri.

Rata-rata umat Melayu menolak maklumat-maklumat ilmiah yang cuba disampaikan kerana mereka lebih terhibur dengan lawak jenaka. Maklumat-maklumat ilmiah bukan senang untuk diterima.

Otak mereka tahu bahawa maklumat-maklumat ilmiah yang disampaikan akan memaksa otak untuk menyusun & memprogramkan semula maklumat tersebut. Otak mereka akan dipaksa bekerja untuk menerima maklumat-maklumat ilmiah. Cara yang terbaik supaya otak tidak bekerja untuk memproses maklumat-maklumat ilmiah ialah dengan menolak dari menerima maklumat tersebut.

Mereka berdepan dengan masalah kesombongan. Oleh sebab sombong mereka tidak boleh menerima maklumat baru dari orang lain kerana mahu melindungi maruah mereka.

Walau bagaimanapun, jangan terima bulat-bulat atau reject bulat-bulat setiap maklumat baru yang diterima. Kumpul sebanyak mungkin maklumat yang diperolehi, mungkin ia akan berguna pada masa akan datang.

"Generasi Y kita banyak fucked up. Baik buka mata before its too late." - Amira

"Group naughty & lucah Facebook penuh dengan budak Melayu. Termasuk dengan budak sekolah." Amira

"Kalau budak baya I asyik berclubbing, pub, wayang, vape. Siapa yang nak step up untuk bangsa?" Amira

"Bila budak Cina belajar tinggi, kita cemburu, rasa tergugat takut Cina ambil alih Malaysia." Amira

"Apa generasi Y kita fokus sekarang? Follow Ijoy, Bobo, Shasha Solero, Rani Kulup, Sultan Melaka. & macam2 icon bahan ketawa Melayu." Amira

"Tak cukup dengan hiburan yang membenakkan otak." Amira

"Kelemahan orang kita bukanlah mereka bodoh. Tapi mostly ignorant tentang reality sebenar." Amira

BY: JACK VLADIMIR(twitter)