Aku nak cerita pasal Perang Salib yang tak diceritakan dalam buku teks sejarah. Dalam buku teks sejarah, apa yang diceritakan berkenaan Perang Salib terlalu pendek & kurang menarik. Kristian Ortodoks di Eropah mula hancur ketika Zaman Kegelapan Eropah.
Apa maksud Ortodoks?
Menurut Kamus Dewan edisi 4, Ortodoks bermaksud berpegang kepada prinsip yang diterima umum atau kolot. Islam Ortodoks pula merujuk kepada aliran atau mazhab mana?
Menurut buku "The State of Terror" istilah Islam Ortodoks merujuk kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. So, kita dapat definisikan Kristian Ortodoks sebagai ajaran yang diterima umum atau ajaran asal. Zaman Gelap Eropah menjadi faktor kepada kehancuran Kristian Ortodoks di Eropah.
Selepas Eropah diserang puak Barbarian pada abad ke 5 & 6, Empayar Rom hancur musnah. Kemudian Eropah jatuh menjadi wilayah primitif. Orang Eropah mula kembali menjalani kehidupan secara primitif dengan bercucuk tanam sebagai aktiviti sara hidup yang utama. Sebelum Eropah masuk ke Zaman Gelap, di situ terdapat sebuah Empayar (Rom) silam yang pencapaiannya sangat hebat & bangsanya besar.
Selepas Empayar Rom hancur, kebijaksanaan & pencapaian ilmu pengetahuan serta teknologi mereka turut lenyap bersama. Sebaik saja Rom hancur, berlaku kebuluran kesan dari peperangan yang panjang. Tanaman habis musnah. Wabak penyakit mula melanda Eropah & saki baki orang Eropah yang ada tidak tahu bagaimana untuk menangani & menyediakan ubat. Keruntuhan Empayar Rom juga musnah bersama keimanan sejati penganut Kristian (Ortodoks).
Kristian Ortodoks yang bertahan hanya di bahagian Selatan Eropah. Di Utara, masyarakat Eropah terpisah dari pusat politik. Disebabkan Eropah utara terpisah jauh dari pusat politik, mereka turut putus harapan kepada keadaan tidak Bertuhan. Dalam masa yang sama, Islam bangkit di Cordova & Andalusia, Sepanyol. Orang Islam di Sepanyol tidak tahu ada kehidupan di sebelah Eropah Barat kerana mereka menyangka semuanya sudah hancur bersama Empayar Rom. Sepanyol menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu.
Di Eropah Barat, masyarakat di sana mula bercucuk tanam & menghasilkan teknologi pertanian yang baru. Selepas penemuan demi penemuan dalam pertanian, berlaku lebihan sumber & aktiviti jual beli kembali aktif di Eropah Barat. Gereja yang bertahan dari zaman gelap mula bangkit semula dengan kekuatan baru. Para Paderi telah menghantar mubaligh ke kerajaan-kerajaan Barbarian di sebelah utara. Misi mereka mencapai kejayaan. Puak Anglo-Saxon di England & puak Frank dari Gaul berjaya dikristiankan. Puak Anglo-Saxon di England majoritinya bodoh & buta huruf. Keimanan mereka pada Kristian bercampur dengan unsur pagan.
Constantinople tetap teguh. Orang Eropah memanggilnya sebagai "Byzantine." Orang Islam memanggilnya sebagai "Rum". Maharaja Constantinople adalah keturunan Maharaja Rom silam. Kesaktria Constantinople mahir berperang & tentera Islam langsung tidak dapat mendekati Constantinople even pada zaman gelap. Constantinople menjadi satu-satunya pemerintah Eropah yang tinggal, pusat pemerintahannya di Ravenna. Gereja-gereja Kristian Ortodoks di Jerusalem (Palestin), Antioch, Iskandariah semua tenggelam dengan pengaruh Islam.
Constantinople menjadi benteng keimanan terakhir umat Kristian sebagai "Penjaga Kesucian Kristian" menyekat pengaruh Islam & ancaman Barbar. Istana Constantiople dianggap sebagai bayangan kuasa empayar syurga. Penduduk Byzantine (Constantinople) menggambarkan Jesus (Nabi Isa) sebagai "Pantocrator ( Ruler of All)". Oh ya, Constantinople terletak di Timur Eropah. Rasanya sebelah Sepanyol je. Untuk kesahihan kau cek sendiri lah peta nanti. Suasana keagamaan Kristian di Eropah Barat & Eropah Timur sangat berbeza.
Di Barat, Jesus digambarkan dalam keadaan menderita disalib.
Di Timur, Jesus digambarkan sebagai Pantocrator atau Maharaja Semesta Alam.
Perbezaan fahaman agama di Barat dan di Timur (Constantinople) sebenarnya lebih kepada bersifat psikologi. Constantinople yang masih bertahan pada zaman gelap merasa bertanggungjawab memulihara tradisi & identiti Kristian. Masyarakat Kristian di Barat merasa tersinggung dipandang rendah oleh Constantinople di Timur. Masyarakat Kristian di Barat tidak mahu ada 2 fahaman Kristian yang terpisah. Mereka mahu Constantinople menunjukkan rasa hormat pada mereka. Para paderi di Barat melihat Maharaja Constantinople cenderung untuk bersaing menuntut hak sebagai ketua gereja tertinggi.
Menariknya, mereka tidak melihatkan sikap permusuhan terhadap Islam ketika itu. Masyarakat Kristian sangat mengagumi & memuliakan Harun Al-Rasyid, Khalifah Islam di Baghdad. Musuh utama Kristian di Barat ketika itu bukan Islam tapi orang-orang Constatinople (Timur). Tahun 962 M, Otto I naik takhta sebagai Maharaja & aktiviti seni & budaya di Jerman mula bangkit. Orang Constantinople (Kristian Timur) cemburu melihat kebangkitan kerajaan pimpinan Otto I (Jerman).Lepas 6 tahun Otto menjadi Maharaja, Otto hantar duta ke Constantinople. Nama duta tu Liudprand.
Ketika Liudpard (Duta Otto) berada di Constantinople, kain sutera warna purple miliknya dirampas. Maharaja Constantinople tidak membenarkan orang asing memakai kain berwarna purple. Purple hanya layak dipakai oleh orang Constantinople sebab mereka menganggap mereka mengungguli seluruh bangsa lain di dunia. Otto mendapat tahu layanan buruk Constantinople, & menganggap ia satu penghinaan. Bangsa Itali, Saxon (England), Frank, Bavaria, Swabia & bangsa-bangsa lain tidak layak memakai kain purple di Constantinople. Otto melihat Constantinople sebagai antithesis identiti barat. Apa maksud antithesis?
Antithesis bermaksud pertentangan yang melahirkan rasa tidak puas hati.
Kerajaan Barat & Timur Kristian bermusuhan & pada masa yang sama Islam di Sepanyol berkembang pesat. Orang Turki waktu tu dikatakan baru peluk Islam & sikap mereka sangat extrem terhadap agama. Orang Turki ni dikatakan sangat rasis & kasar. Masyarakat Eropah yang datang ke Jerusalem dilayan double standard oleh orang Turki. Ramai orang Eropah tak puas hati dengan layanan yang diterima di Jerusalem. Mereka balik ke Eropah & ceritakan layanan buruk yang diterima. Sikap orang Turki adalah antara faktor pencetus perang salib.
Sekitar tahun 1,000 M, satu kisah mitos lama digali semula oleh orang Eropah. Mitos ni sangat mempengaruhi tercetusnya perang salib. Mitos ni ada kaitan dengan Dajjal. Mitos tu berkenaan "King of King" yang akan muncul pada akhir zaman menyelamatkan kaum Kristian dari Anti-Christ (Dajjal). Pada akhir zaman nanti, akan muncul seorang Maharaja dari Barat yang akan dimahkotakan di Jerusalem (Palestin). Maharaja ni diberi jolokan King of King yang akan memerangi Anti-Christ (Dajjal) di Jerusalem (Palestin).
Masyarakat Eropah mula tertanya-tanya siapa "King of King" yang akan menggalas misi di Jerusalem.Masyarakat Eropah merasa bahawa mereka bertanggungjawab kembali ke Jerusalem menanti ketibaan King of King. 33 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1033 M, seramai 7 ribu orang Eropah berhijrah ke Jerusalem (Palestin). Mereka tahu AntiChrist sedang bersembunyi di Jerusalem & mereka merasa terpanggil untuk memaksa AntiChrist mengisytiharkan dirinya.
Tahun 1095 M, lebih kurang 60 tahun selepas itu, Paus Urban memberi pidato Perang Salib. Paus Urban menyeru semua pahlawan Eropah berkumpul bagi membebaskan Jerusalem (Palestin). Para pahlawan Eropah merasa terpanggil untuk menyelamatkan dunia & mewujudkan Jerusalem Baru.
BY: JACK VLADIMIR(twitter)
No comments:
Post a Comment