Monday, 26 October 2015

"BESAR NANTI NAK JADI APE?"

Bayi adalah makhluk yang genius tapi sistem akademik telah membuatkan kita semua kelihatan/menjadi bodoh apabila dewasa.

Waktu kecil dulu aku kerap mendapat soalan dari orang dewasa, "Besar nanti nak jadi apa?"

Waktu tadika, cita-cita aku nak jadi polis. Masuk darjah 1, aku tengok kakak aku jadi lawyer, aku pun tukar cita-cita baru nak jadi lawyer

Bila masuk darjah 6, aku rasa kerjaya pilot pun mencabar juga.

Masuk tingkatan 3, aku rasa nak jadi engineer. & aku berada di landasan yang betul waktu tu.

Bila masuk matrikulasi, aku rasa nak jadi usahawan pula.

Aku sia-siakan masa hampir 20 tahun untuk buat keputusan apa aku nak jadi bila dewasa nanti.

Kakak aku yang dah berjaya ada berkata, "Jacky boy, awak mesti jelas dengan masa depan awak & matang membuat keputusan"

Sehingga aku berumur 23 tahun aku masih tidak jelas dengan masa depan & tidak matang membuat keputusan.

Selama 23 tahun aku keliru, aku nak jadi apa bila dewasa. Aku hampir-hampir buat keputusan untuk jadi peti sejuk saja.

Aku yakin semua manusia mempunyai cita-cita & minat yang banyak, lebih dari satu & mereka keliru bidang apa yang sesuai dengan mereka.

Sistem pendidikan tidak melahirkan golongan pandai sebenarnya.

Sistem pendidikan yang ada melahirkan 2 golongan. 1. Golongan pekerja. 2. Golongan pemodal.

Dalam sistem yang ada, kita ibarat robot. Melakukan 1 kerja, mengulanginya selama berpuluh tahun lepas tu mati.

Ijazah ibarat cop sirim yang menunjukkan seseorang itu adalah "robot berkualiti"

Golongan pemodal perlukan "robot berkualiti" untuk menjadikan mereka kaya & terus kaya.

Robot berkualiti yang taat sangat diperlukan & mereka ini lahir dari sistem akademik yang ada.

Minda pelajar sudah ditanam dengan idea bahawa mereka perlu belajar untuk bekerja.
"Belajar untuk bekerja."

Jika perlukan biasiswa, kamu perlu belajar lebih gigih. Golongan pemodal boleh sediakan biasiswa tapi kamu perlu bekerja untuk mereka.

Adakah anda fikir golongan pemodal mahukan golongan muda yang cerdik?

Mereka tidak memerlukan orang pandai, mereka hanya perlukan "Robot berkualiti yang taat."

Bakal pekerja ini disuapkan dengan sistem exam oriented yang menyebabkan kebodohan mereka meningkat.

Jika mereka tidak berjaya survive dalam sistem exam oriented, mereka akan merasa diri mereka bodoh & lemah.

Kenapa pelajar mudah hilang minat untuk belajar? Kerana mereka dipaksa belajar apa yang bukan menjadi minat mereka.

Kalau kita perhati, ilmuwan dulu-dulu tidak boleh dispesifikkan untuk describe diri mereka hebat dalam bidang apa.

Seorang ilmuwan dulu-dulu mampu menguasai pelbagai cabang ilmu, perubatan, falsafah, sains, astrologi, matematik.

Jika kita senaraikan semua ilmuwan-ilmuwan tersohor dulu, ada 1 persamaan mereka. Iaitu "Falsafah."

Ibnu Sina, Al-Farabi, Isaac Newton, Pythogoras, Galileo Galilei. Satu perkataan saja untuk describe mereka. Iaitu ahli falsafah.

Peringkat awal pendidikan mereka bermula dengan "Hakikat Alam"

Ijazah bukan simbol kepandaian, ia hanya certificate untuk menunjukkan bahawa anda adalah, "Robot berkualiti"

Semua ilmu-ilmu yang ada menyeru kita ke arah dunia tanpa Tuhan.

Sebab itu makin jauh kita belajar, makin jauh juga kita daripada Tuhan.

Ada orang tanya, "Bolehkah pendidikan menjana perpaduan?"

Sebenarnya aku tengok konsep pecah & perintah dalam sistem akademik.
Sistem yang ada melahirkan 2 kelompok, 1. Pelajar pandai. 2. Pelajar bodoh.

Kita juga dipecahkan dengan beberapa aliran, Aliran sains = pelajar bijak. Aliran akaun = sedang2. Aliran sastera = pelajar bodoh.

Ada pelajar berotak sains, ada pelajar berotak sastera. Budak perubatan tak boleh bercakap mengenai kejuruteraan.

Budak kejuruteraan tidak boleh bercakap mengenai agama.

Manusia akan menjadi sebodoh-bodoh makhluk dalam sistem kasta moden.

Seorang tukang kayu dianggap bodoh kerana dia tidak pandai dalam bidang yang lebih profesional.

Seorang doktor adalah sebijak-bijak makhluk walaupun dia tidak mahir dalam bidang-bidang lain.

Sistem pendidikan membahagi-bahagikan manusia kepada pelbagai kasta.

Sistem ini mengasingkan manusia mengikut pekerjaan & pencapaian mereka.

Cuba bayangkan jika sistem sedia ada ditiadakan, adakah akan wujud istilah orang pandai, orang bodoh, otak sains, otak sastera?

So terpulanglah mau jadi buaya mau jadi landak mau jadi peti ais mau jadi tong gas.

BY:JACK VLADIMIR(twitter)

No comments:

Post a Comment