Wednesday, 28 October 2015

"susunan peristiwa menuju gerbang kiamat."(5)

"Dabbu al-Ardh"

Dabbu Al-Ardh merupakan haiwan yang boleh berbicara & mengenal sifat-sifat manusia. Rupa Dabbu Al-Ardh :
- Berkaki 4. -Berkepala lembu. - Berbulu halus. -Bermata babi. - Memiliki semua warna. -Bertelinga gajah. - Bertanduk. -Bertanduk kijang. - Bereekor & berjanggut. -Leher burung unta.
- Dada seperti singa. -Belakang seperti kucing. - Warna seperti harimau. -Ekor seperti kambing.

Dabbu Al-Ardh akan muncul bersama tongkat Nabi Musa & cincin Nabi Sulaiman. Dikatakan Dabbu Al-Ardh hanya muncul 3 hari je & tidak ditemui mana2 rujukan yang mengatakan ia berbahaya. Selepas peristiwa kemunculan Dabbu Al-Ardh, keluar asap yang menggelapkan alam.

"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih." QS. 44: 11-12.

Selepas kemunculan asap, muncul pula angin lembut yang membunuh orang Mukmin. Then, Zu As-Suwaiqatain dari puak Qahtani muncul memusnahkan kaabah. Madinah kemudian dihancurkan & semua penduduk keluar meninggalkan Madinah.

“Dan yang terakhir darinya adalah keluarnya api dari negeri Yaman yang akan menggiring manusia ke Mahsyar mereka.” (HR.Muslim).

Dunia di gerbang kiamat tatkala sangkakala ditiupkan.


g) "Sangkakala"

siapakah peniup sangkakala?. Sebenarnya ada perbezaan pendapat berkaitan Sangkakala.
1. Hanya 2 tiupan. 2. 3 tiupan sangkakala. Aku ambil yang 3 tiupan sangkakala tu. 3 tiupan sangkakala.
1. Tiupan penggoncang. 2. Tiupan kejutan & kematian. 3. Tiupan kebangkitan.

Tiupan pertama merupakan tiupan sangkakala yang panjang. Tiupan sangkakala pertama menyebabkan goncangan di langit & di bumi. Tiupan sangkakala pertama menggentarkan semua makhluk yang hidup. Ia melanda seluruh alam dengan dahsyat. Segala sendi akan tertanggal & semua ikatan ionik bon ke apa ke terputus sebaik saja sangkakala pertama ditiup. Gunung-gunung akan berlanggar antara satu sehingga menjadi debu berterbangan. Air laut bergelora & mengeluarkan api. Tiupan kedua pula membuatkan semua makhluk yang berada di langit & di bumi terkejut lalu mati. Hanya 8 makhluk dikalangan malaikat yang akan hidup.
1. Jibril. 2. Mikail. 3. Israfil. 4. Izrail. 5. 4 malaikat pemikul Arasy

Kemudian Allah memerintahkan malaikat maut, Izrail mencabut nyawa Jibril, Mikail, Israfil & 4 malaikat pemikul Arasy. Akhirnya yang tinggal hanya Allah & malaikat Izrail. Kemudian Izrail dimatikan. Tidak ada lagi yang hidup melainkan Allah Yang Maha Hidup & tidak pernah mati. Allah Tuhan yang tidak ada sebelum-Nya sesuatu & tidak ada sesudah-Nya sesuatu apa pun.

Allah Yang Akhir.

Alam semesta berada dalam keadaan musnah & kosong. Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah bersabda,
"Jarak antara 2 tiupan adalah 40." Tak sure 40 hari atau apa. Kemudian Allah menurunkan hujan dan bayangan dari langit. Hujan akan menumbuhkan kembali semua jasad makhluk daripada tulang sulbi mereka. Dikatakan tulang sulbi tidak hancur. Daripada tulang sulbi, jasad makhluk tumbuh dan tersusun semula. Jadikan ini sebagai iktibar bagi orang yang mempunyai mata hati & penglihatan akal yang tajam.

Makhluk pertama yang dihidupkan adalah malaikat Israfil. Pada sangkakala, terdapat lubang yang banyak. Bersesuaian dengan jumlah roh semua makhluk. Israfil diperintahkan meniup sangkala ketiga, tiupan kebangkitan. Sebaik saja sangkakala ketiga ditiup, roh-roh berterbangan keluar menuju ke arah jasad masing-masing. Roh-roh orang beriman bercahaya manakala roh orang kafir malap. Bumi digantikan dengan bumi yang baru. Tidak sama dengan bumi sebelumnya. Bumi yang baru itu rata bagaikan satu hamparan, tidak ada daratan tinggi rendah & sebarang lekuk.

Dengan tamatnya part Sangkakala maka berakhirlah topik ini.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)

No comments:

Post a Comment