Tuesday, 27 October 2015

"susunan peristiwa menuju gerbang kiamat."(1)

Susunan peristiwa ni mungkin tak sama dengan apa yang kamu belajar. Aku cakap awal-awal takut ada yang cakap aku mengarut ke apa.Susunan ni adalah bersumberkan :
Syaikh Nazim Al Haqqani. Amin Muhammad Jamaluddin. M.Isa Dawud. Nostradamus. Ustaz Jaafar Salleh

  a) DAJJAL
Menurut MID, Dajjal sebenarnya sudah dilahirkan tidak lama dulu. Tapi tiada siapa tahu bilakah waktu kedatangannya.Dajjal tak muncul secara tiba-tiba. Dia tak diturunkan ke dunia, terus bersusuk tubuh dewasa.Waktu aku kecil dulu, ustaz ustazah selalu sebut pasal Dajjal sebagai tanda kiamat.Waktu kecil dulu, apa yang bermain dalam fikiran aku, Dajjal adalah raksasa bermata satu, besar, jahat & akan membunuh siapa saja.Kemudian masuk umur belasan tahun, pengetahuan aku tentang Dajjal bertambah sedikit. Rupanya Dajjal ni bukan raksasa. Dia manusia.Tapi imaginasi aku tentang Dajjal waktu tu, dia seorang manusia bermata satu macam makhluk dalam cerita Futurama. Bila masuk matrikulasi, orang dok heboh pasal video The Arrival.Waktu tu ada 1 bentuk pemikiran baru mengatakan Dajjal bukan makhluk, dia bukan manusia mahupun raksasa. Menurut MID pula, Dajjal seperti manusia biasa cuma dia diberi kelebihan tertentu. Bijak, berumur panjang dll.

Topik malam ni aku mulakan tentang kisah yang berlaku 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa (Moses).100 tahun sebelum kelahiran Moses (Nabi Musa), Dajjal dilahirkan di satu tempat bernama "Samirah".  
"Samirah" terletak di Palestin. Dikatakan Samirah sudah tidak wujud lagi sebab gempa bumi.Di Samirah terdapat sepasang suami isteri keturunan "Yahudza." Mereka dah berkahwin selama 31 tahun (ada sumber kata 30 tahun). Sepanjang tempoh 30 tahun perkahwinan tu, mereka tak diberi cahaya mata.

Pada satu malam, ketika pasangan Yahudza bersetubuh, Iblis telah masuk ke dalam saluran kencing si suami. Air mani si suami tu bercampur dengan unsur syahwat Iblis.Pasangan Yahudza tu kemudian dikurniakan seorang anak. Seluruh negeri Samirah heboh pasal kelahiran ajaib ini.Rasanya ada 1 kisah fabel dari China yang menyerupai kisah Dajjal & Samirah.

Anak yang dilahirkan menurut MID ialah Dajjal.Sejak dilahirkan, dia tak banyak bergerak. Matanya sentiasa terpejam. Dia banyak habiskan masa dengan tidur.Dajjal tidak menyusu. Dia hanya bangun sesekali saja. Kemudian sambung tidur semula.Ibu Dajjal dikatakan berdada besar. Air susu berlebihan yang tidak diminum kemudian bertukar menjadi racun dalam badan.Jangan tanya aku kenapa ayah Dajjal tak tolong habiskan air susu isteri dia. Sebab MID tak sebut pasal tu .Disebabkan racun dalam sistem badan ibu Dajjal merosakkan organnya, dia kemudian meninggal dunia.Maka, jelaslah bahawa Dajjal sangat merbahaya. Kelahirannya membawa malapetaka kepada ibunya.Kedua mata Dajjal terpejam tapi hatinya tetap terjaga.Kisah ni berlaku 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa.Ayah Dajjal membesarkan Dajjal sendirian setelah isterinya mati. Selepas 4 tahun Dajjal dilahirkan, dia langsung tak bergerak. Dia tak bertatih, tak merangkap & tak berjalan pun. 

Pada suatu malam, suasana gelap. Ayah Dajjal sedang tidur. Tiada siapa pun di rumah mereka. Dajjal disebelah ayahnya. Juga sedang tidur.Tiba-tiba mata Dajjal terbuka. Dia berusia 4 tahun ketika itu. Dajjal mula bangkit dari tidurnya. Dia tidak pernah berjalan apatah lagi merangkak tapi ajaibnya malam itu dia dapat berdiri sendiri.Dajjal bangun perlahan-lahan tanpa disedari ayahnya yang sedang tidur. Dia merangkak, berdiri kemudian mula berjalan.Dajjal keluar dari bilik tidur kemudian menuju ke ruang ibadat di rumahnya. Dalam ruang ibadat tu terdapat 1 berhala, patung lembu betina. Dajjal kemudian meringkuk disebelah Berhala sembahan keluarganya.Sebenarnya jasad Dajjal ketika itu dikuasai oleh Iblis.

Keesokannya seluruh Samirah heboh pasal anak ajaib yang sebelum ni tak pernah bangun tiba2 berada di sebelah berhala. Seluruh penduduk Samirah berpusu-pusu datang ke rumah keluarga Dajjal. Mereka merasakan Dajjal adalah wakil Tuhan atau Dewa. Ada yang menyembah Dajjal & meminta berkat. Rumah keluarga Dajjal tidak henti-henti menerima kedatangan tetamu. Berita pasal Dajjal tersebar hingga ke istana.Pihak istana mendapat tahu lalu menangkap ayah Dajjal kerana didakwa mereka-reka cerita tentang keajaiban Dajjal.Ayah Dajjal dipenjara & diseksa sampai gila. Kemudian dia meninggal dalam penjara. Dajjal pula dibawa & dijaga di istana. 

Raja memerintahkan supaya penduduk Samirah tidak lagi bercerita tentang keajaiban Dajjal.Dajjal diberi nama Samiri sempena nama negeri kelahirannya iaitu Samirah.Dajjal juga mendapat gelaran sebagai A'Jubah As-samirah yang membawa maksud keajaiban Samirah.Raja memanggil dukun diseluruh negeri datang ke istana untuk mengubati Dajjal yang dianggap lumpuh. Dajjal dianggap lumpuh sebab dia menghabiskan masanya dengan tidur. Langsung tak bergerak. 

Seorang dukun menilik Dajjal & mengatakan anak ajaib ini berketurunan Sam bin Nuh (Nabi Nuh). Ketika Sam bin Nuh (Nabi Nuh) kecil, dia juga tidak banyak bergerak sehingga didatangi malaikat. Kata dukun tersebut.Dukun itu yakin bahawa Dajjal adalah keturunan Sam. Tapi dukun tu dituduh gila. Dia dijadikan bahan jenaka oleh penduduk Samirah.

Selepas setahun dijaga di istana, Dajjal yang berusia 6 tahun ketika itu mula bangkit dari tidurnya. Dia mula belajar bergerak & berbual-bual dengan orang istana walaupun tergagap-gagap. Raja memanggil dukun sekali lagi untuk merawat mata Dajjal yang cacat sebelah sejak dia lahir. Tapi kecacatan pada mata Dajjal tak dapat diubat sebab kecacatan kekal.Pada suatu hari, Samirah dilanda gempa bumi. Seluruh Samirah musnah & tiada seorang pun yang selamat kecuali Dajjal.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)

No comments:

Post a Comment