Thursday, 29 October 2015

YAKJUJ MAKJUJ

Satu ketika dulu aku tertanya-tanya siapakah Yakjuj Makjuj & jawapan yang aku terima hanyalah, "Mereka akan merosakkan dunia."

Siapa sebenarnya Yakjuj Makjuj sehinggakan bukan Muslim saja percaya kewujudan mereka, malah dalam Bible turut menyebut pasal mereka. Orang Kristian mengenali Yakjuj Makjuj sebagai Gog & Magog. Apakah sebenarnya Yakjuj Makjuj? Adakah mereka :

1. Manusia seperti kita. 2. Raksasa. 3. Lava gunung berapi. Atau apa?

Adakah Yakjuj Makjuj sama spt syaitan, atau mereka raksasa atau terpulanglah mau jadi apa mau jadi buaya, mau jadi kera, mau jadi kangaroo. 

Tanda-tanda besar kiamat yang akan terjadi ialah kemunculan Yakjuj Makjuj memusnahkan bumi. Selepas Nabi Isa membunuh Dajjal, dunia berada dalam keadaan aman. Dalam surah Al-Kahfi ada menyebut tentang Yakjuj Makjuj, sekaligus menjawab pertanyaan siapakah mereka. Dalam surah Al-Kahfi Allah menceritakan tentang kisah Iskandar Zulqarnain yang membina tembok untuk halang Yakjuj Makjuj. Sehingga apabila Zulqarnain sampai di antara 2 gunung, dia mendapati terdapat satu "KAUM" yang hampir-hampir tidak dapat difahami bahasanya. 

Zulqarnain di minta oleh penduduk disitu supaya menghentikan serangan Yakjuj Makjuj. Mereka mahu membayar Zulqarnain andai kata Zulqarnain bersetuju untuk bina sebuah tembok untuk mengurung Yakjuj Makjuj. Zulqarnain meminta penduduk di situ membantunya beramai-ramai kerana dia memerlukan tenaga mereka. Zulqarnain meminta supaya dikumpulkan besi untuk menutup ruangan di antara 2 gunung.

Tak silap aku, dalam tahun 2003 ada 1 berita "Haox" pasal Yakjuj Makjuj. Mesti semua orang tahu pasal berita ni. 

"Akhbar Weekly World News mendedahkan penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang dipanggil Mole People." - Haox 2003.

"Mole People hidup pada kedalaman 20 batu di bawah tanah." - Haox, 2003

Apa yg pelik, penemuan ini bukan dibuat oleh ahli kaji purba atau tukang gali kubur, tp Saintis NASA yang macam takde kena mengena langsung.

"NASA cuba mennyembunyikan kewujudan Mole People drp pengetahuan awam." - Haox, 2003

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali mendedahkan pic ekslusif dan informasi mengenai kaum tersebut. Cerita ini terlalu besar untuk disembunyikan dari pengetahuan umum.

"Mole Peoplemamat primitif. Mereka tidak memahami bahasa manusia." - Haox, 2003.

"Presiden US mengendalikan situasi itu dengan berhati-hati. Tersilap langkah boleh menyebabkan perang." - Haox, 2003.

"Jumlah sebenar mereka tidak diketahui, 1 bandar baru ditemui & anggarannya 2,000 orang." - Haox, 2003.

"Mungkin terdapat berjuta-juta Mole People." - Haox, 2003.

Mereka mempunyai persamaan dengan manusia. Berjalan dengan 2 kaki. Tapi mereka lebih tinggi. Jari mereka seperti kuku binatang. Kulit mereka kasar. Mereka mungkin :
1. Big Foot. 2. Alien. 3. Penduduk Atlantis yang terselamat.

Sebenarnya kisah penemuan Mole People adalah tidak benar, hanya sekadar penipuan. Berbalik kepada kisah Yakjuj Makjuj. Iskandar Zulqarnain berjaya mengurung Yakjuj Makjuj di antara 2 gunung dengan membina tembok besar. Setiap hari Yakjuj Makjuj akan membuat lubang pada tembok yang mengurung mereka. Mereka tidak pernah berhenti mengorek lubang pada tembok yang dibina Iskandar Zulqarnain. Bila mereka melihat cahaya matahari, mereka berhenti mengorek.

Hari berikutnya mereka kembali mengorek dengan lebih kuat. Bila mereka kembali ke tembok itu untuk mengorek, mereka mendapati lubang yang dikorek mereka kembali tertutup. Mereka mengorek lagi. Tembok yang dibina Zulqarnain diperbuat daripada besi & tembaga. Sangat tebal, tinggi & licin. Menurut Ibn Abbas, lokasi Yakjuj Makjuj terletak di persimpangan negara Turki, berdekatan Armania & Azerbaijan. Sebahagian besar mengatakan lokasinya terletak di sempadan Turki & Rusia, di pergunungan Kaukasus.

Pergunungan Kaukasus mempunyai ketinggian 1,000-3,000 meter. Lagi tinggi dari KLCC. Walau bagaimanapun tidak ada seorang pun yang dapar cari lokasi tembok yang mengurung Yakjuj Makjuj. Setiap hari mereka akan menjalankan kerja-kerja mengorek lubang walaupun lubang yang dibuat akhirnya tertutup kembali. Sehinggalah pemimpim Yakjuj Makjuj mendapat "ilham" untuk mengatakan "insya-Allah".

Bila mereka kembali ke tembok, mereka mendapati lubang yang mereka korek tidak tertutup kembali seperti sebelum ini. Akhirnya mereka mengorek lebih luas lubang pada tembok sehingga tembok itu runtuh dan mereka berjaya keluar dari tempat kurungan. Apabila Yakjuj Makjuj keluar, mereka akan bergerak ke seluruh pelusuk dunia. Ketika Yakjuj Makjuj keluar menjelajah seluruh dunia, penduduk dunia berada dalam ketakutan. Umat manusia melarikan diri & bersembunyi dari Yakjuj Makjuj. 

Apabila Yakjuj Makjuj melalui sebatang sungai, mereka akan menghirup air sungai itu sehingga kering. Penduduk dunia ketika itu hanya berserah kepada Tuhan saja. Jumlah Yakjuj Makjuj adalah sangat besar. Tidak dapat dikira. Ada berpendapat nisbah mereka, seorang manusia bersamaan 999 Yakjuj Makjuj. Yakjuj Makjuj membunuh sesiapa saja yang ditemui. Tidak ada seorang pun manusia yang mampu menghalang Yakjuj Makjuj.

Penduduk dunia terpaksa menyalakan api selama 7 tahun sebagai pelindung daripada serangan Yakjuj Makjuj. Nabi Isa juga tidak mampu berbuat apa-apa & terkepung di satu tempat bersama pengikutnya. Bekalan makanan ketika itu tidak mencukupi sehinggakan wang tidak lagi bernilai jika dibandingkan dengan kepala seekor lembu. Nabi Isa bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah S.W.T meminta pertolongan.

Akhirnya Allah mengutuskan ulat-ulat menyerang tengkuk Yakjuj Makjuj. Lalu mereka terbunuh. Selepas kematian Yakjuj Makjuj, seluruh bumi berada dalam keadaan busuk kerana bau hanyir bangkai mereka. Kemudian hujan membasahi bumi lalu membersihkan semula seluruh permukaan bumi.
BY: JACK VLADIMIR(twitter)

No comments:

Post a Comment