Wednesday, 28 October 2015

"susunan peristiwa menuju gerbang kiamat."(4)

d) "Kemunculan Al-Masih Ad-Dajjal"

Dajjal muncul selepas tentera Islam menakluki Istanbul (Konstantinopel). Dikatakan Imam Mahdi yang memimpin tentera Islam menakluki Istanbul, Turki ketika itu. Tentera Islam sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang di Istanbul. Senjata-senjata mereka digantung pada pohon Zaitun. Ketika mereka sedang leka, syaitan berteriak,
"Sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal telah menguasai keluargamu!"

Imam Mahdi pun memerintahkan tentera Islam bergerak pulang. Ketika mereka sampai di Syam, Dajjal muncul. Tiada seorang pun tentera Islam mahupun Imam Mahdi sendiri yang mampu melawan Al-Masih Ad-Dajjal. Tidak ada seorang pun manusia terkuat pada zaman itu yang mampu membunuh Dajjal. 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal, telah muncul beberapa tanda. 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal merupakan tahun-tahun paling sulit & susah. Ketika itu manusia ditimpa kebuluran.

Pada tahun pertama, langit menahan 1/3 daripada hujan. Bumi bula menahan 1/3 daripada hasil tanaman. Tahun ke 2, langit menahan 2/3 air hujan, bumi pula menahan 2/3 hasil tanaman. Pada tahun terakhir sebelum kemunculan Dajjal, hujan langsung tidak turun & tanaman semua musnah. Tidak ada satu pun tanaman hijau yang tumbuh. Umat Islam hanya berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan dengan tahlil, takbir & tahmid. Selepas mendapat tahu kemunculan Dajjal, tentera Imam Mahdi bergerak pulang dari Istanbu.

Pada suatu subuh, di Menara Putih, Syria, Nabi Isa Al-Masih diturunkan kali kedua ke dunia. Ketika itu dunia sudah dirosakkan oleh tentera Dajjal. Nabi Isa meletakkan tangannya pada sayap dua malaikat. Ketika Nabi Isa turun ke dunia, Iqamat subuh sedang dilaungkan. Imam Mahdi & pengikutnya menyedari kehadiran Nabi Isa. Imam Mahdi meminta Nabi Isa mengimamkan solat subuh mereka tapi Nabi Isa menolak. Nabi Isa menjadi makmun dalam jemaah solat yang diimamkan Imam Mahdi. Nabi Isa kemudian keluar membunuh Dajjal. Selepas membunuh Dajjal, Nabi Isa meneruskan syariat yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Dunia kembali aman selepas itu.

e) "Kemunculan Yakjuj Makjuj"

Kemunculan Yakjuj Makjuj menjadi malapetaka paling dahsyat. Mereka memusnahkan seluruh bumi. Sesiapa saja yang bertembung dengan Yakjuj Makjuj tidak akan selamat. Even Nabi Isa sendiri tidak mampu melawan Yakjuj Makjuj. Jumlah Yakjuj Makjuj terlalu ramai. Seorang manusia dinisbahkan bersamaan 999 Yakjuj Makjuj. Umat manusia menyembunyikan diri dari Yakjuj Makjuj. Ada yang membuat perisai api. 

Penaklukan Yakjuj Makjuj dikatakan melebihi 7 tahun. Harta benda ketika itu langsung tidak ada nilai. Sebab manusia terkepung & bekalan makanan tidak cukup. Selepas doa Nabi Isa diperkenankan, Allah menghantar ulat menyerang tengkuk Yakjuj Makjuj. Semua Yakjuj Makjuj akhirnya terbunuh & bangkai mereka membuatkan bumi menjadi busuk & hanyir. Allah memerintahkan sejenis burung membawa bangkai Yakjuj Makjuj ke satu tempat. Kemudian Allah menurunkan hujan untuk membersihkan semula permukaan bumi. Selepas kematian Yakjuj Makjuj, dunia kembali aman. Imam Mahdi & Nabi Isa kemudian wafat.

f) "Terbitnya matahari dari barat."

Selepas kematian Dajjal, kematian Yakjuj Makjuj & kewafatan Imam Mahdi & Nabi Isa barulah matahari terbit dari barat. Jumlah orang mukmin ketika itu sangat sedikit. Setiap hari mereka akan habiskan masa beribadah di masjid. Suatu malam yang ganjil menyamai 3 malam akan datang ke umat manusia. Orang mukmin yang bangun beribadat pada waktu malam, mendirikan solat. Lalu tidur. Selepas itu, dia terjaga. & matahari tidur muncul lagi. Dia mendirikan sekali lagi solat pada waktu malam. Kemudian dia kembali tidur, & terjaga semula. Dia merasakan seolah-olah malam itu menjadi panjang. Dia menunggu pagi tapi tidak muncul2. Kemudian ada manusia berteriak,
"Apakah ini?"

Orang mukmin berlari menuju ke masjid. Ternyata matahari telah terbit dari Barat & berada di tengah-tengah langit. Kejadian matahari terbit dari barat cuma terjadi selama 1 hari. Selepas itu matahari kembali terbit dari timur semula. Ketika itu pintu taubat akan tertutup. Sesiapa saja yang bertaubat ketika itu sudah terlambat. Ketika itu juga dunia sudah pun berada di pintu gerbang akhirat. Jika seekor kuda melahirkan anak ketika itu, anak kuda tersebut tidak akan sempat membesar kerana kiamat sudah dekat.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)

No comments:

Post a Comment