Monday, 26 October 2015

THE BEST WAY OF LIFE

Islam the best way of life

Gua perati orang berdakwah di internert ni banyak menyindir orang lain seolah olah mereka ahli syurga & yang lain sah2 penghuni neraka.

Pendapat gua, dakwah yang terbaik bukan dengan sindiran atau paksaan. Tapi biar diri kita menjadi ikutan orang lain.

Dakwah dengan cara menyindir, sinis, sentap atau apa saja cara yang boleh menyakitkan hati orang lain tak boleh sebenarnya.

Berbicaralah dengan ilmu, dengan adab & sopan santun. Jangan berdakwah dengan sindiran-sindiran yang menyakitkan hati orang lain.

Hari ini kita dapat lihat sesetengah pihak guna cara merendahkan atau menyindir serta perlekehkan sesuatu perkara untuk terangkan ttg hukum

Berdakwahlah atas dasar cinta antara makhluk bukan atas dasar merendahkan orang lain disebabkan kejahilan mereka.














Ajak manusia kepada kebenaran dengan cara yang boleh mempengaruhi jiwanya, bukan dengan menyerang, menyakitkan dan memperlekehkannya.

Bagaimana cara kita suka dinasihati dan diberi ilmu, begitu juga orang lain mahu dididik dan dinasihati. Bukan disindir-sindir.

Gua bukan pendakwah, gua pemikir bebas.

Kalau ilmu agama cetek, tak perlu berdakwah kepada orang lain, tapi fokus pada keperibadian & akhlak sendiri.

Yang paling asas ialah keperibadian kita. Kalau keperibadian kita yang baik menjadi ikutan orang lain, itu juga satu bentuk dakwah (seruan).

Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup. & keperibadian kita mencerminkan kepercayaan & pegangan kita.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)


No comments:

Post a Comment