Apa perkara paling mudah dalam perjalanan menuju kejayaan? Iaitu, "Give up."
Orang berjaya di dunia tak ramai. Orang yang gagal dan terus give up memang ramai sebab jalan yang mudah ialah give up.
Dalam perjalanan menuju kejayaan, kita akan bertemu situasi yang kita perlu buat 2 pilihan iaitu,
1. Give up. 2. Cuba lagi.
Setiap orang mesti pernah atau sedang alami perasaan "fear of rejection" atau takut ditolak.
Kita semua mesti pernah ditolak atau dikecewakan & waktu tu kita akan rasa dunia berubah jadi gelap.
Ditolak atau rejection, boleh jadi dalam
1. Percintaan.
2. Urusan kerja. 3. Pendapat. 4. Temuduga. Atau apa saja.
Bila ditolak, kita boleh jadi hilang arah, secara tak langsung keyakinan akan down, rasa malu & harga diri terasa jatuh.
Apa saja jenis rejection yang kita hadap, gerenti akan tinggalkan kesan yang deep dalam emosi kita.
Pengalaman ditolak ini akan meninggalkan kesan negatif dalam minda.
Contohnya dalam bercinta, pengalaman direject akan membuatkan seseorang itu fobia untuk bercinta lagi.
Sama juga dalam urusan kerja, bila idea kita ditolak, nescaya kita akan ragu-ragu untuk usulkan lagi idea kita.
Kesan yang diterima akibat rejection ni mungkin berbeza mengikut individu. Ada yang tak terkesan pun dengan penolakan.
Ada yang fobia bila ditolak sampai rasa seluruh dunia sedang mengejek.
Jangan biarkan perasaan takut ditolak memandu impian atau kemahuan kita manakala kita sekadar menjadi penumpang.
It's better to try and die than never to try at all.
Orang yang tak mahu mencuba adalah orang yang sudah mati.
Semua orang asalnya sperma champion daripada berjuta-juta sperma.
Tuhan dah anugerahkan permulaan hidup kita sebagai champion, jangan akhirinya sebagai loser.
Dont give up

BY: JACK VLADIMIR(twitter)
No comments:
Post a Comment