Gua ni bukan alim pun, tapi gua akan cuba jauhkan diri dari orang2 yang bergaul bebas. Nak elak dari mencarut & maki.
Orang sekeliling kita banyak mempengaruhi perkembangan diri kita.
Memilih kawan bukan bermaksud sombong atau berlagak, tapi dekatilah orang2 yang positif & jauhkan diri dari orang2 yang negatif.
You are what your friends are.
Contoh bila kita dikelilingi kawan yang berkiblatkan cinta, secara tak langsung keinginan untuk bercinta dalam diri kita juga akan terbit.
Bila dikelilingi kawan2 yang suka melepak, bersosial, berhibur, secara tak langsung kita pun akan turut terpanggil.
Bila dikelilingi oleh komuniti yang suka study, secara tak langsung kita pun akan terikut sama dengan mereka.
Waktu aku tinggal dekat rumah bujang dulu, aku pernah ubah mat rempit jadi ulat buku.
Sebelum ni budak motor tu tak suka buku, dia pandang je aku baca buku, aku rasa dia fikir aku skema.
Tiap2 malam, bila bosan & tak keluar pergi mana2. Aku akan duduk atas sofa & housemates aku bersila atas lantai. Aku jadi tukang cerita.
Bila lama2, dia orang tanya mana kau tahu semua cerita2 ni. Aku cakap baca buku lah.
Aku tahu untuk orang yang malas membaca ni, tak boleh suggest buku berat2. Aku kasi buku Fixi dekat dia orang.
Buku fixi pertama yang aku suggest dekat dia orang, berjudul Murtad. Lepas baca buku tu, dia orang datang bilik aku minta pinjam buku lain pula.
Sampai 1 tahap, dia orang ada koleksi buku sendiri. 2 tahun lepas ada pesta buku, dia orang yang ajak aku pergi sana.
Sekarang budak2 tu dah jadi pengumpul buku2 alternatif. Ok la, even bukan buku ilmiah tapi dapat tanam sikap rajin membaca.
Gua bukan nak bangga diri atau show off tapi nak bagi contoh,
"you are what your friends are"
Apa yang kita baca dan kenalan kita boleh mempengaruhi minda dan cara hidup kita.
Tapi ada budak masjid dekat rumah sewa aku dulu & dia tak banyak beri effect sebab dia buat hal dia je kot.
Pada pandangan aku, hidup ni bukan sekadar hidup je. Jangan hidup untuk diri sendiri. Jangan juga belajar untuk diri sendiri je.
BY: JACK VLADIMIR(twitter)
No comments:
Post a Comment