b) "Perang Armageddon."
Perang Armageddon disebut dalam 3 agama samawi iaitu:
1. Judaisme (Yahudi)
2. Kristian.
3. Islam.
3 agama samawi ini meramalkan sebelum terjadinya kiamat, akan tercetus perang Armageddon. Perang Armageddon merupakan suatu peristiwa besar & perang kehancuran. Albert Einstein meramalkan perang Armageddon tidak melibatkan senjata canggih & teknologi tinggi. Sebelum Perang Armageddon, menurut Einstein akan terjadi perang besar yang memusnahkan semua teknologi yang ada. Itu apa yang dikatakan Albert Einstein lah. Aku tak cakap ianya benar atau tidak.
Menurut Ustaz Jaafar pula, perang Armageddon merupakan pertembungan strategi perang raksasa. Perang Armageddon dimulakan dengan perdamaian palsu. Semua orang percaya & mengatakan perang sudah tamat. Armageddon berasal dari perkataan,
Ar = Gunung.
Mageddo = Lembah di Palestin
Lokasi perang Armageddon adalah di Lembah Maggedo.
"& roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di Armageddon." - Bible, Revealition ayat 16
Armageddon adalah pertempuran yang akan mengubah politik dunia. Persiapan menuju Armageddon sedang dilakukan. Umat Islam akan bergabung dengan Barat dalam Perang Armageddon. Walau bagaimanapun, lawan kepada Pakatan Islam-Barat tidak diketahui. Sama ada,
1. China.
2. Rusia.
3. Iran (Syiah).
4. Semua di atas
Musuh-musuh kepada pakatan Islam-Barat kalau ikut realiti hari ini mungkin Pakatan Timur (Rusia-China-Iran-Korea Utara). Rujukan & analisis daripada sumber Yahudi tidak menyebut secara langsung peranan mereka (Israel) dalam Armageddon. Walaupun tidak ditemui apa-apa peranan Yahudi (Israel) dalam Armageddon, kita tidak boleh menolak penyertaan mereka.
"Bani Israel memerlukan waktu 7 bulan untuk mengebumikan tenteranya yang terkorban sebelum membersihkan bumi." - Bible, Hezekial, ayat 39.
Menurut Bible, dalam kitab Hezekial fasal 12, 2/3 daripada bangsa Yahudi akan musnah dalam Armageddon & persoalan yang bermain difikiran aku, adakah Armegeddon yang dimaksudkan dalam Hezekial merujuk kepada World War II ? . Sebab semasa World War II pun ramai juga Yahudi dibunuh & jika kitab Hezekial itu benar, bermakna Armageddon telah terjadi. Tapi sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus berpegang pada Al-Quran & Hadis. Kitab Hezekial tu hanya sekadar rujukan & analisis.
Dalam Perang Armageddon, Islam pada mulanya berpakat dengan Barat. Kemudian memperoleh kemenangan. Sebaik saja menang, seorang tentara Barat mengangkat salib sambil berkata,
"Salib telah menang!"
Seorang lelaki Muslim membunuh tentera Barat yang mengangkat Salib. Akibat pembunuhan itu, Barat telah menarik diri dari pakatan Islam-Barat & berlaku peperangan baru. Barat bersatu mengumpul kekuatan baru.
80 pasukan
Setiap pasukan terdiri dari 12,000 tentera.
Total = 960,000 tentera Barat
(sambung)
c) "Al-Mahdi Al-Muntazar, sinar akhir zaman."
Menurut kefahaman aku, kemunculan Imam Mahdi adalah selepas peristiwa Perang Armageddon. Terdapat beberapa tanda kemunculan Imam Mahdi.
1. Bintang berekor di langit (tanda lahir).
2. Perang Armageddon (tanda muncul).
Kelahiran Imam Mahdi akan didahului oleh kemunculan bintang berekor di langit. Bintang berekor ini dilitupi salji & kelajuannya menyamai kelajuan cahaya matahari ketika fajar. Bahagian depan & belakang bintang berekor ini bertemu sehingga membentuk lingkaran raksasa. Bintang tersebut akan muncul di langit yang gelap & memancarkan cahaya terang seperti matahari sedang terbit. Selepas kemunculan bintang tersebut, banyak malapetaka & bencana terjadi di bumi. Bintang berekor yang terakhir muncul pada bulan April 1997. Selepas itu ia akan muncul sekali lagi pada tahun 4997. Persoalannya adakah bintang yang dimaksudkan ialah pada tahun 1997 atau 4997?
Imam Mahdi dilahirkan dengan nama Muhammad bin Abdullah. Selepas Perang Armageddon tamat. Barat & Islam berpecah. Barat berundur untuk mengumpul semula kekuatan tentera mereka. Ketika proses pengumpulan semula kekuatan tentera tersebut, Al-Mahdi akan muncul.
Di salah sebuah negara Islam, seorang khalifah telah mati & Muhammad Abdullah (Al-Mahdi) dituduh sebagai perancang pembunuhan tersebut. Perselisihan & perebutan kuasa berlaku. Muhammad dituduh sebagai dalangnya. Muhammad diancam bunuh. Dia pun lari ke Mekah. Dalam pelarian tersebut, tentera yang mengejar Muhammad (Al-Mahdi) telah ditelan oleh bumi.
Peristiwa tersebut membuatkan nama Muhammad (Al-Mahdi) mahsyur. Muhammad (Al-Mahdi) sampai di Mekah. Ketika itu wakil-wakil umat Islam telah datang kepadanya dari seluruh tempat. Mereka mahu membaitkan Muhammad sebagai Imam Mahdi tetapi Muhammad menolak. Muhammad tidak mahu dibaiat sebagai Al-Mahdi. Para wakil umat Islam mengancam untuk membunuhnya kerana dia menolak untuk mendukung perjuangan menegakkan kalimah Allah. Akhirnya Muhammad bin Abdullah dibaiat sebagai Al-Mahdi Al-Muntazar. Al-Mahdi kemudian memimpin tentera Islam dalam beberapa siri peperangan melawan Barat.
BY: JACK VLADIMIR(twitter)
No comments:
Post a Comment