Wednesday, 28 October 2015

"susunan peristiwa menuju gerbang kiamat."(2)

Dalam peristiwa gempa bumi tersebut, Dajjal telah hanyut dibawa arus air hingga ke sebuah pulau.Menurut MID, Dajjal sebenarnya diselamatkan oleh Jibril.Dajjal dibawa ke sebuah pulau yang terpencil. Di situ Al-Jassasah, makhluk berbulu lebat yang menguruskannya.Al-Jassasah diperintahkan Jibril supaya menguruskan Dajjal. Dia seekor makhluk berbulu lebat & mampu bertutur dalam bahasa manusia.Dajjal membesar di pulau tersebut, ditemani oleh Al-Jassasah sepanjang masa.Al-Jassasah mengajar Dajjal tentang Ketuhanan tapi Dajjal tidak percaya kewujudan Tuhan.

Menurut Dajjal, di pulau itu dia tidak pernah bertemu manusia lain sepertinya.Dajjal juga mengatakan dia tidak pernah bertemu Tuhan, jadi dia tidak mempercayai kata-kata Jassasah tentang kewujudan Tuhan.Di pulau itu juga, hanya Dajjal makhluk berakal (manusia). Jadi dia merasakan dia ada penguasa di pulau itu.Pada satu malam, ada 3 orang pelayar yang tersesat ke pulau Dajjal.Itulah kali pertama Dajjal bertemu makhluk sepertinya.3 pelayar itu menceritakan kepada Dajjal tentang dunia luar. Dajjal mahu mengikut mereka.3 pelayar tersebut membawa Dajjal keluar dari pulau tersebut.Sampai di satu tempat di timur tengah, 3 pelayar meninggalkan Dajjal di situ kerana mereka merasakan Dajjal seorang yang gila.Salah seorang pelayar memberikan Dajjal beberapa keping besi (wang) tapi Dajjal tidak tahu fungsi besi itu.

Di tempat barunya, Dajjal bergaul dengan semua orang & menimba pelbagai pengetahuan baru.Semua orang yang bertemu Dajjal mengagumi kecerdasan fikirannya kerana cepat belajar sesuatu yang baru. MID berkata, kepantasan Dajjal berfikir 200 kali ganda lebih hebat dari manusia biasa. Salah seorang ahli falsafah yang bertemu Dajjal meramalkan masa depannya. Filsuf tersebut memberitahu, jika Dajjal berusia panjang dia akan menjadi penguasa. Setelah lama mengembara, Dajjal mendapati usianya seolah-olah terhenti di umur 20-an even sudah 100 tahun dia keluar dari pulaunya. Hari berganti hari, tahun berganti tahun. 

Setelah beberapa ratus tahun, Dajjal belayar kembali ke pulaunya. Sampai saja dipulaunya, Jassasah sudah menunggu Dajjal. Jassasah bersama dengan 20 makhluk yang wajahnya bercahaya. Tubuh 20 makhluk dengan wajah bercahaya itu melebihi pohon-pohon yang ada di pulau Dajjal. Pada tangan 20 makhluk tersebut terdapat rantai besi berkilat seperti emas. Dajjal menggigil ketakutan melihat 20 makhluk tersebut. Dajjal bertanya kepada Jassasah siapa mereka. 

Belum sempat Dajjal menghabiskan bicara, dia diserang. Dajjal terkejut melihat 20 makhluk tersebut menyerbu ke arahnya, akibat takut sangat, dia pengsan. Bila Dajjal terjaga, dia mendapati jasadnya sudah dirantai. Dajjal masih lagi diselubungi ketakutan yang dia tidak pernah rasa sebelum ini. Jassasah mendatangi Dajjal & memberitahu bahawa Dajjal sekarang berada di zaman penutup para Nabi. Penutup para Nabi baru saja dilahirkan beberapa hari sebelum Dajjal sampai ke pulaunya. Menurut Jassasah, Dajjal sekarang berada di penghujung zaman. Janji Allah sudah datang. Dajjal akan dibelenggu (rantai) sehingga Penutup Para Nabi wafat. 

Suatu hari, Dajjal yang dirantai terjaga dari tidur. Dia melihat usia rantainya sudah 63 tahun. 63 tahun, seusia dengan umur Penutup Para Nabi. Tiba-tiba rantai yang membelenggu Dajjal mula cair seperti garam bersatu dengan air. Selepas 63 tahun dirantai, Dajjal akhirnya bebas. Al-Jassasah muncul dihadapan Dajjal.

"Selamat tinggal wahai orang yang paling jahat di muka bumi." - Jassasah. 

"Engkau (Dajjal) menuju ke dunia yang penuh kepalsuan sementara aku menuju kerajaan Allah." - Jassasah.

"Pemergianmu (Dajjal) sekaligus akan menenggelamkan pulau ini." - Jassasah."Engkau (Dajjal) telah memilih Qadar mu sendiri. Laknat Allah ditimpakan ke atasmu." Jassasah.

Dajjal kemudian keluar dari pulau tersebut sekaligus pulau tersebut tenggelam. Tahun berganti tahun, namun Dajjal masih mempunyai kekuatan & kehebatan seakan-akan dia baru dilahirkan. Dajjal mengembara ke serata tempat & mengumpul pelbagai ilmu pengetahuan. Dajjal terfikir untuk berlayar ke arah Barat iaitu Benua Amerika. Dajjal menghabiskan masa beberapa lama di Benua Amerika. 

Suatu hari Dajjal bersama pengikutnya berlayar ke "Segitiga Bermuda". Perlayaran di tengah malam, di tengah-tengah lautan. Dajjal melihat cahaya di kejauhan. Para pancaran cahaya itu kelihatan terdapat sebuah istana kristal yang terapung di tengah lautan. Di sekeliling istana kristal terdapat makhluk2 seperti anjing & keldai. Dajjal mendengar teriakan & bisikan mereka dalam bahasa yang tidak difahami. Dajjal melihat semua makhluk yang mengelilingi istana kristal berjalan pantas ke dalam istana dalam ketakutan. Kapal Dajjal semakin mendekati istana. Semua pengikut Dajjal mula menguap & tertidur seakan2 dipukau.Hanya Dajjal yang tidak terpukau.  
Dajjal memasuki istana kristal. Dia dikejutkan oleh ratusan makhluk seperti anjing, keldai, kucing & ular mengelilingnya. Semua makhluk tersebut memberikan tanda hormat pada Dajjal. Seekor makhluk menyerupai anjing maju ke depan lalu berkata pada Dajjal,

"Raja agung menanti ketibaanmu."

"Malam ini engkau (Dajjal) menjadi tetamunya bagi menyetujui ikatan cinta & kerjasama." - Makhluk menyerupai anjing.

"Engkau (Dajjal) menjadi Raja yang zahir dan dia (Lucifer) menjadi Raja yang tersembunyi." - Makhluk menyerupai anjing.

Makhluk tersebut membawa Dajjal melalui perarakan yang menakutkan, perarakan raksasa. Pada masa yang sama ribuan syaitan dengan pelbagai saiz mahu mendekati Dajjal. Semua syaitan bergembira seolah-olah mereka menemui harta pusaka. Dajjal dibawa ke sebuah dewan yang dipenuhi gambar-gambar syaitan & manusia. Dajjal diperintahkan supaya menudukkan apabila bertemu "Raja Agung" (Lucifer). Dajjal tidak mahu menudukkan kepala kerana dia menganggap dirinya raja yang akan menjadi Tuhan. 

Lalu Dajjal ditinggalkan sendirian di dalam dewan. Dewan tiba-tiba menjadi gelap & luas. Satu cahaya berwarna jingga tua bersinar di satu sudut. Seluruh dewan kemudian diterangi oleh cahaya seperti api. Dajjal mendapati dirinya berdepan makhluk hodoh & menyeramkan sehingga darahnya hampir beku. Makhluk itu adalah Raja Agung, Iblis (Lucifer). Iblis mendekati Dajjal, begitu juga Dajjal. Kedua duanya berjabat tangan. 

"Wahai manusia tanda kiamat (Dajjal), aku menantimu jutaan tahun. Persiapan untukmu telah dibuat." - Iblis

Iblis memberikan Dajjal beberapa tawaran. Sehingga Dajjal membeliakkan matanya.

BY: JACK VLADIMIR(twitter)

No comments:

Post a Comment